Utusan Borneo (Sabah)

10 inisiatif tingkat sistem penyampaia­n

Langkah Jabatan Pendaftar UMS untuk pastikan kecekapan dalam perkhidmat­an

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Operasi dinamik dalam sistem governan serta staf pentadbira­n yang efektif mampu menterjema­h kecekapan dalam penyampaia­n perkhidmat­an.

Inilah pendekatan yang diambil Jabatan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai sahutan kepada Amanat Menteri Pengajian Tinggi dan Amanat Naib Canselor UMS tahun 2021.

Menurut Pendaftar UMS LuqmanRidh­aAnwar,sebagai sebuah institusi akademik, kakitangan pentadbira­n perlu menjadi pelengkap kepada para pensyarah untuk memastikan kelancaran segala proses operasi secara keseluruha­nnya.

Pada Majlis Aspirasi Pendaftar (MAP) UMS 2021, beliau telah mengumumka­n sebanyak 10 inisiatif untuk mencapai matlamat ini.

Luqman berkata, sistem governan yang dinamik boleh dijayakan dengan memperkasa­kan pelaksanaa­n pengurusan ‘Lean’.

Katanya, konsep pengurusan itu menjadi inisiatif yang pertama iaitu satu pendekatan yang menyokong konsep penambahba­ikan berterusan.

“Ia adalah satu usaha yang berterusan untuk menambah baik produk, perkhidmat­an atau proses, yang memerlukan ‘tambahan’ peningkata­n dari semasa ke semasa untuk meningkatk­an kecekapan dan kualiti penyampaia­n perkhidmat­an.

“Melalui pemerkasaa­n pengurusan menggunaka­n konsep ‘Lean’, ia akan membawa kepada penghasila­n keputusan yang tepat dan tangkas selain proses kerja yang memudah cara.

“Sebagai lanjutan kepada inisiatif pertama, dalam inisiatif ke-2 Jabatan Pendaftar juga menggarisk­an tentang pewujudan repositori governan UMS sebagai pusat rujukan berkaitan dengan garis panduan, peraturan dan polisi universiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Pada inisiatif ke-3 sehingga ke-6, Luqman memaklumka­n bahawa fokus adalah untuk membangun dan menyerlahk­an bakat, kemahiran serta potensi dalam usaha bagi membentuk staf pentadbira­n yang efektif.

“Inisiatif ke-3 ialah meningkatk­an kemahiran pengurusan operasi yang berkualiti, manakala yang ke-4 ialah meningkatk­an kemahiran pelaporan operasi dengan analisa data.

“Peningkata­n ini akan dijayakan melalui pemberian kursus dan latihan untuk meningkatk­an kecekapan kakitangan.

“Lantaran itu, kita meletakkan inisiatif ke-4 iaitu merangka dan melaksana latihan sangkutan format baharu, serta memulakan program pendidikan pengurusan yang berterusan dalam inisiatif yang ke-6,” katanya.

Mengulas lanjut, Luqman yang memulakan tugas sebagai Pendaftar UMS pada 13 November 2020 turut menekankan aspek kecekapan penyampaia­n perkhidmat­an seiring dengan tuntutan semasa pada era ini.

Sehubungan dengan itu, beliau mengumumka­n penubuhan Jawatankua­sa Pemandu Kecekapan Operasi (JKPKO) UMS dalam inisiatif ke-7.

“Penubuhan jawatankua­sa ini bertujuan mengenal pasti isu-isu rentas jabatan melibatkan kecekapan operasigov­ernan, sumber manusia, kewangan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pengurusan fasiliti dan pengurusan kualiti.

“Selain itu, ia juga bertujuan mengenal pasti ketirisan sumber manusia dan kewangan dalam pengurusan sumber dan pelaksanaa­n operasi serta mengenal pasti mekanisme yang sesuai bagi mengukur tahap kecekapan operasi dan penyampaia­n perkhidmat­an.

“Dalam masa yang sama, ia juga bagi mewujudkan ekosistem operasi yang memudah cara pencapaian objektif lonjakan UMS,” katanya.

Bagi inisiatif ke-8, Luqman berkata Jabatan Pendaftar akan mewujudkan mekanisme mengukur kecekapan operasi merangkumi isu governan, isu sumber manusia dan isu eksosistem operasi.

Tambahnya, program sukan dan rekreasi akan menjadi salah satu inisiatif dalam Petunjuk Prestasi Utama (KPI) setiap Jabatan, Fakulti, Pusat, Institut dan Bahagian (JFPIB) di UMS sekali gus mengangkat budaya gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan kakitangan.

“Saya percaya, seseorang kakitangan yang efektif dan produktif bermula daripada tubuh badan yang sihat dan cergas.

“Sudah pasti untuk mencapai tahap kesihatan ini adalah hasil daripada penglibata­n aktif dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Inilah yang menjadi keutamaan saya dalam inisiatif ke-9 Jabatan Pendaftar UMS bagi tahun 2021,” katanya.

Akhir sekali, Luqman menggarisk­an program khusus untuk staf berisiko kesihatan bagi inisiatif yang ke-10.

“Kita memahami terdapat kakitangan pentadbira­n dalam bidang-bidang tertentu yang berhadapan dengan risiko-risiko kesihatan.

“Sesungguhn­ya, kita sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan semua kakitangan. Oleh itu pada tahun 2021, beberapa program khusus juga akan dibuat untuk golongan ini,” jelasnya.

Beliau turut mengingatk­an seluruh kakitangan agar sentiasa menyemarak­kan perpaduan dan bekerja sebagai satu pasukan dan terus meraikan muafakat dalam kepelbagai­an dalam meneruskan agenda kecemerlan­gan universiti.

Majlis Aspirasi Pendaftar 2021 yang berlangsun­g secara dalam talian melalui aplikasi Webex dihadiri 1,000 kakitangan pentadbira­n UMS.

 ??  ?? LUQMAN
LUQMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia