Utusan Borneo (Sabah)

Cegah penularan pandemik COVID-19

Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik Labuan kali ke-3 sukses

-

PANITIA Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun, Labuan, sekali lagi berjaya menganjurk­an Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik untuk kali ke-3 sebagai langkah mencegah penularan pandemik COVID-19.

Program ini mendapat jalinan kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan dan juga Sekolahsek­olah di WP Labuan.

Majlis yang berlangsun­g secara dalam talian pada 25 Mac lalu dimulakan dengan bacaan Yasin selepas solat Maghrib di kediaman masing-masing.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam Ustazah Hajah Kamariah Salim, pegawai-pegawai JPNWPL, pengetuape­ngetua, guru-guru besar, guru-guru, ibu bapa dan juga murid-murid.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun Ag Rozlan Manan turut hadir bersama dengan barisan pentadbir dan guru-guru SMKTPB.

Menurut moderator Ustazah Saidatun Nadiah Abdul Aziz, tujuan utama program ini adalah untuk mendoakan kesihatan dan keselamata­n semua warga pendidik, petugas di barisan hadapan, murid-murid, keluarga dan masyarakat agar terhindar daripada ditimpa musibah wabak COVID-19.

Katanya, program ini juga bertujuan memohon kepada Allah SWT agar mereka yang dijangkiti wabak COVID-19 akan kembali sembuh dengan segera.

“Menerusi program itu, kita juga mendoakan agar negara kita serta dunia akan bebas daripada wabak ini, di samping mendoakan kecemerlan­gan anakanak yang telah selesai menduduki SPM,” katanya.

Selesai bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh

Ustaz Mohd Daud Abdul Rahman, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ag Rozlan.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua secara dalam talian.

Katanya, program yang berlangsun­g untuk kali ke-3 itu merupakan sebahagian daripada usaha daripada pihak sekolah dan JPNWPL dalam menangani pandemik COVID-19.

Beliau turut mengharapk­an agar semua urusan warga pendidik akan dipermudah­kan memandangk­an pembukaan semula sekolah akan berlangsun­g pada 5 April ini.

Ag Rozlan turut tidak menafikan bahawa SMK Taman Perumahan Bedaun juga terkesan akibat pandemik COVID-19 kerana ada calon SPM yang terpaksa menunggu untuk penjaduala­n semula bagi menduduki peperiksaa­n SPM.

“Semoga semua calon SPM akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

“Saya berharap agar program ini akan dapat diteruskan agar kita semua sentiasa dilindungi dan mudah-mudahan doa yang dipanjatka­n akan dimakbulka­n oleh Allah,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ustazah Hajah Kamariah merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada SMKTPB kerana berjaya melaksanak­an program ini untuk kali ke-3.

Beliau sangat bersyukur kerana calon SPM telah selamat menduduki peperiksaa­n SPM setelah tertangguh akibat pandemik COVID-19.

Katanya, sememangny­a calon-calon SPM 2020 merupakan insan terpilih untuk berada dalam situasi ini dan pastinya akan menjadi sejarah kepada kita semua.

Ustazah Hajah Kamariah mendoakan agar anak-anak yang tamat menduduki SPM akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

“Ucapan syabas dan tahniah juga dirakamkan kepada semua sekolah kerana berjaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menjalani norma baharu ini terutama sekali yang melibatkan pergerakan murid-murid di sekolah.

“Semoga usaha kita semua akan dapat membantu memutuskan rantaian pandemik COVID19.

“Sesungguhn­ya setiap musibah yang Allah turunkan ada hikmahnya yang tersendiri,” katanya.

Salah satunya, Ustazah Hajah Kamariah mendapati guru-guru kini semakin kreatif menggunaka­n teknologi maklumat untuk melaksanak­an

PdPr masing-masing demi memastikan anak murid tidak tercicir dalam pembelajar­an.

Pada akhir ucapannya, beliau berharap agar wabak ini segera diangkat oleh Allah SWT dan mendoakan agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Majlis diakhiri dengan solat Isyak dan solat Hajat di rumah masing-masing.

 ??  ?? BERUCAP: Ag Rozlan menyampaik­an ucapan kepada semua yang menghadiri Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik kali ke-3.
BERUCAP: Ag Rozlan menyampaik­an ucapan kepada semua yang menghadiri Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik kali ke-3.
 ??  ?? PROGRAM: Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun berjaya anjur Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik kali ke-3.
PROGRAM: Panitia Pendidikan Islam SMK Taman Perumahan Bedaun berjaya anjur Program Munajat Bacaan Yasin dan Doa Warga Pendidik kali ke-3.
 ??  ?? USTAZAH HAJAH KAMARIAH
USTAZAH HAJAH KAMARIAH
 ??  ?? USTAZAH SAIDATUN NADIAH
USTAZAH SAIDATUN NADIAH
 ??  ?? DOA: Ustaz Mohd Daud memimpin bacaan Yasin dan doa.
DOA: Ustaz Mohd Daud memimpin bacaan Yasin dan doa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia