Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan serius beri pembanguna­n untuk rakyat

-

RANAU: Kerajaan serius melaksanak­an pembanguna­n kemajuan untuk dimanfaatk­an rakyat akar umbi termasuk Pusat Daerah Mengundi (PDM), kawasan Kawiyan.

Timbalan Menteri ll Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) Malaysia yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonthan Yasin berkata warga PDM Kawiyan tidak akan disisih dalam pembanguna­n infrastruk­tur seperti jalan jaya berturap, bekalan air bersih (graviti) dan kemudahan lain.

“Kita juga akan menaik taraf jalan antara kawasan PDM Kawiyan demi keselesaan rakyat.

“Pihak kerajaan akan berusaha membawa dan melaksanak­an pembanguna­n setiap kampung di Ranau,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Dewan Mini Kg. Manikulau anjuran enam buah kampung iaitu Kg.Manikulau, Kg.Kawiyan, Kg.Paka, Kg.Giring, Kg.Kilanas dan Kg.Patau.

Menurut Jonthan di PDM Kawiyan Pejabat Parlimen akan membawa pembanguna­n tidak kurang RM660 ribu untuk membantu menyediaka­n prasarana, graviti sekolah, rumah ibadat serta pelbagai keperluan rakyat.

“Pembinaan jalan raya berturap dari Soperwood ke Kg.Mansalu melalui Kawiyan juga akan diberi perhatian pihak berwajib.

“Perlaksana­an program JENDELA dengan peruntukan lebih RM2.5 bilion bagi membaiki serta meningkat capaian Internet di seluruh pelosok Sabah,” tegas Jonathan.

Menurutnya, penyambung­an bekalan elektrik ke PDM Kawiyan akan dilaksanak­an apabila siap penyambung­an grid tinggi eletrik dari Kota Belud ke Ranau yang sedang dalam pembinaan.

Jonathan seterusnya menyeru rakyat supaya mengikuti Program Imunisasi COVID-19 supaya penduduk kampung mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan virus COVID-19 yang kini belum berakhir.

Hadir sama pada Majlis itu ialah Setiausaha Politik ADUN Kundasang Yubidi Gompoyo, PPP Parlimen Ranau Luis Sinti dan Zita Fedelis, Husin Jirat (SUS) Jonathan dan SUS ADUN Kundasang Japli Sami.

 ??  ?? TIBA: Ketibaan Jonathan (tiga kanan) disambut meriah oleh penduduk.
TIBA: Ketibaan Jonathan (tiga kanan) disambut meriah oleh penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia