Utusan Borneo (Sabah)

PBPM tampil empat resolusi semasa mesyuarat exco negeri

-

MIRI: Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Sarawak tampil dengan empat resolusi yang dipersetuj­ui semasa mesyuarat exco negeri yang diadakan di Hotel Samudera di Kuching, baru-baru ini.

Pengerusin­ya yang juga pesara polis Supt Han Hipeni memberitah­u, persatuan akan mengguna pakai empat resolusi iti untuk tempoh tiga tahun akan datang dengan objektif bagi memenuhi matlamat penubuhan persatuan.

“Dalam mesyuarat itu juga, kami telah setuju untuk mengeluark­an empat resolusi yang bertujuan melaksanak­an fungsi persatuan,” katanya kepada Utusan Borneo ketika dihubungi semalam.

Resolusi pertama ialah pembentuka­n enam biro iaitu Biro Kesedaran dan Maklumat, Biro Ekonomi dan Koperasi, Biro Kebajikan dan Bantuan, Biro Protokol dan Pengurusan Pentadbira­n, Biro Kewangan dan Keahlian serta Biro Sosial dan Perpaduan.

Katanya, tiga resolusi lain yang diumumkan semasa mesyuarat tersebut ialah mengadakan pertemuan setiap empat bulan sekali di pelbagai tempat di Sarawak yang akan diatur oleh 11 cabang secara bergilir.

Kedua ialah berusaha dan melakukan peningkata­n penggunaan bangunan persatuan dan ketiga mempergiat­kan usaha merekrut keanggotaa­n khususnya di kalangan bekas atau pesarapesa­ra polis.

Sementara itu, mesyuarat exco negeri pertama dianjurkan oleh persatuan cawangan Petra Jaya.

Ia dirasmikan oleh Presiden Persatuan Alumni Polis Sarawak, Pesuruhjay­a Polis (B) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai yang juga bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Kecuali tiga cawangan dari Limbang, Miri dan Kanowit, semua lapan cawangan Lundu, Kuching, Petra Jaya, Simanggang, Sarikei, Sibu, Muka dan Bintulu menghadiri mesyuarat tersebut.

Han turut mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertemuan itu walaupun terdapat sekatan dan prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi kerana pandemik COVID-19.

Beliau memberitah­u bahawa pandemik COVID-19 yang ada sekarang tidak akan melemahkan semangat untuk mereka terus mendorong persatuan ke tahap pencapaian yang lebih tinggi.

 ??  ?? SERAH: Han (kiri) menyerahka­n dokumen empat resolusi persatuan kepada Abang Abdul Wahap.
SERAH: Han (kiri) menyerahka­n dokumen empat resolusi persatuan kepada Abang Abdul Wahap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia