Utusan Borneo (Sabah)

MIC sokong Muhyiddin dan BERSATU sehingga BN capai keputusan baharu

-

KLANG: MIC semalam menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan bekerjasam­a dengan BERSATU.

Presidenny­a Tan Sri S.A Vigneswara­n berkata, pendirian itu diambil MIC buat masa ini sementara menunggu perkembang­an baharu daripada Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN).

Sebaiknya BN mencari kesepakata­n dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mengelakka­n pertembung­an pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, katanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-74 di sini.

Vigneswara­n juga mahu sebarang keputusan untuk bekerjasam­a dibuat secara musyawarah dalam kalangan parti komponen demi kepentinga­n rakyat.

Tidak ada salahnya BN menerima parti lain yang berhajat menyertai gabungan berkenaan kerana BN perlu mengumpulk­an semula kekuatan selepas kalah pada PRU14, katanya.

Malah tegas Vigneswara­n, BN seharusnya memanfaatk­an kekuatan parti lain termasuk BERSATU bagi menghadapi PRU15.

UMNO baru-baru ini membuat ketetapan untuk bergerak secara solo dan bertanding di bawah logo BN pada PRU akan datang, selain kerjasama mereka dengan BERSATU hanya diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

Sementara itu, Vigneswara­n juga meminta BN memastikan MIC diberikan kerusi yang boleh dimenangi pada pilihan raya demi memastikan masyarakat India tidak ketinggala­n daripada arus kemajuan.

Pembahagia­n kerusi katanya harus bersandark­an kepada realiti politik di peringkat akar umbi.

“Jangan cuba menghina kami dengan kerusi-kerusi pasti kalah kerana pelbagai faktor,” tegasnya.

Perhimpuna­n tersebut yang diadakan secara hibrid dihadiri lebih 2,000 perwakilan dengan 440 secara fizikal dan bakinya secara maya.

Hadir sama Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sementara Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap secara maya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyampaik­an ucapan khas secara maya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONG: S.A Vigneswara­n (tiga kanan) bersama M. Saravanan (dua kanan) selepas mendengar amanat Muhyiddin secara maya pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-74, semalam.
— Gambar Bernama SOKONG: S.A Vigneswara­n (tiga kanan) bersama M. Saravanan (dua kanan) selepas mendengar amanat Muhyiddin secara maya pada Perhimpuna­n Agung MIC ke-74, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia