Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan MRT3 dijangka bermula separuh kedua tahun ini

-

SUNGAI BULOH: Kerjakerja pembinaan Projek Laluan 3 Aliran Transit Massa (MRT3) yang ditangguhk­an oleh kerajaan terdahulu akan dimulakan pada separuh kedua tahun ini.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pihaknya telah memberi tempoh tiga bulan kepada Mass Rapid Transit Corporatio­n (MRT Corp) untuk melakukan kajian pelaksanaa­n projek berkenaan untuk dibentangk­an kepada Jemaah Menteri.

“Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan projek MRT3 dan MRT Corp diberi tempoh selama tiga bulan untuk mengemas kini kajian melibatkan jajaran dan kos projek ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaa­n ketersedia­an operasi MRT laluan Putrajaya fasa satu dari Stesen MRT Sri Damansara Sentral ke Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur sepanjang 17.5 kilometer.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Abd Rahim Bakri dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengangkut­an Datuk Isham Ishak.

Menurut Wee, kos projek berkenaan kelak akan diputuskan berdasarka­n kajian yang dijalankan oleh MRT Corp dan memberi jaminan kerajaan akan membuat pilihan yang paling menguntung­kan dan memanfaatk­an rakyat.

Pada 2018, Menteri Pengangkut­an ketika itu Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata MRT3 ditangguhk­an untuk mengurangk­an bebanan hutang kerajaan.

Mengulas mengenai MRT Laluan Putrajaya, Wee berkata projek berkenaan kini 97 peratus siap dan dijangka akan memulakan operasinya pada Ogos depan.

Tambahnya baki tiga peratus projek laluan sepanjang 17.5 kilometer itu kini hanya melibatkan aktiviti pengujian dan pentauliah­an sistem mekanikal dan elektrik serta operasi percubaan.

“Operasi percubaan akan melibatkan bahagian laluan yang akan beroperasi tanpa membawa penumpang,” katanya.

Tambah Wee lagi, fasa kedua melibatkan baki laluan antara Kampung Batu ke Putrajaya yang sedang berjalan kini di peringkat 87 peratus siap dan dijangka memulakan operasi pada Jan 2023.

Kos keseluruha­n pembinaan MRT Laluan Putrajaya ialah RM30.53 bilion. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Wee (tengah) bergambar kenangan di Stesen MRT Kampung Batu ketika hadir bagi memeriksa ketersedia­an Operasi MRT laluan Putrajaya Fasa 1 di Stesen MRT Sri Damansara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Wee (tengah) bergambar kenangan di Stesen MRT Kampung Batu ketika hadir bagi memeriksa ketersedia­an Operasi MRT laluan Putrajaya Fasa 1 di Stesen MRT Sri Damansara dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERCUBAAN: MRT laluan Putrajaya Fasa 1 di Stesen MRT Kampung Batu.
— Gambar Bernama PERCUBAAN: MRT laluan Putrajaya Fasa 1 di Stesen MRT Kampung Batu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia