Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan dan pencegahan COVID-19 perlu dipertingk­at jika Rt melebihi 1.2: Dr Adham

-

PUTRAJAYA: Kaedah pencegahan dan pengawalan wabak COVID-19 di negara ini perlu dipertingk­atkan sekiranya kadar nilai kebolehjan­gkitan (Rt) atau R-naught (R0) melebihi 1.2, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau bimbang dengan trend ditunjukka­n kebelakang­an ini yang merekodkan bilangan kes melebihi 1,000 sehari dengan kadar Rt 1.0, berbanding unjuran Rt pada kadar 0.8, yang bermaksud kes COVID-19 dalam negara dapat dikawal dengan baik.

“Kebimbanga­n kita adalah Rt akan pergi kepada 1.2, dan kaedah pengawalan selain daripada vaksinasi perlu dipertingk­atkan. Saya seru orang ramai patuhi SOP (prosedur operasi standard) sedia ada,” katanya dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini semalam bersama Menteri Penyelaras program itu Khairy Jamaluddin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 1,349 kes baharu COVID-19 direkodkan kelmarin dan kadar

Rt di negara ini adalah 1.01.

Ditanya adakah Malaysia akan mengalami gelombang keempat COVID-19, Dr Adham berkata ia bergantung kepada pembukaan sempadan negara.

Menurutnya, Kementeria­n Kesihatan (KKM) telah mengesan sembilan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah jangkitan varian Afrika Selatan B.1.351, namun ia masih terkawal dan semua pesakit terbabit telah diberi rawatan dan dikuaranti­n.

“Setakat ini, kes import harian di dalam negara terus dipantau dan akan terus dibuat pengasinga­n seterusnya mengenal pasti kontak rapat mereka,” katanya.

Mengenai kesiapsiag­aan hospital bagi membendung COVID-19, Dr Adham berkata KKM mempunyai 63 hospital yang dikhususka­n untuk rawatan pesakit COVID-19 iaitu tujuh hospital merupakan ‘hospital full COVID’ manakala 56 yang lain adalah hospital hibrid. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PERKEMBANG­AN: Khairy (kanan) ketika sidang media bersama Dr Adham mengenai perkembang­an program itu selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F di Putrajaya, semalam. Fasa kedua Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan bagi warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyaki­t kronik akan bermula 19 April ini di lapan negeri.
— Gambar Bernama BERI PERKEMBANG­AN: Khairy (kanan) ketika sidang media bersama Dr Adham mengenai perkembang­an program itu selepas mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F di Putrajaya, semalam. Fasa kedua Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan bagi warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyaki­t kronik akan bermula 19 April ini di lapan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia