Utusan Borneo (Sabah)

Pulau Sipadan bakal gamit pelancong

Hanya tunggu keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih, kata Jafry

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar yakin Pulau Sipadan yang merupakan syurga bagi para penyelam akan kembali menjadi tumpuan pelancong di seluruh dunia selepas sempadan negara dibuka kepada orang luar.

Menterinya Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya percaya para pencinta aktiviti menyelam di seluruh dunia sudah tidak sabar datang ke Pulau Sipadan untuk melepaskan kerinduan dengan hidupan di dasar laut, di sini.

“Pulau Sipadan juga sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong dari luar negara seperti sebelum pandemik berlaku di negara kita.

“Namun, setakat ini, kita hanya menunggu keadaan pandemik COVID-19 kembali pulih dan kerajaan membenarka­n orang luar negara datang melancong ke negara kita,” katanya ketika ditemui semasa melawat Pulau Sipadan, di sini kelmarin.

Beliau juga turut menyampaik­an sumbangan roti daripada syarikat Kim Teck Cheong Consolidat­ed Berhad untuk pasukan keselamata­n dan kakitangan TamanTaman Sabah (TTS) di Pulau Sipadan.

Beliau berkata, pihak TTS masih mengekalka­n kapasiti 176 pelawat dalam sehari di Pulau Sipadan walaupun pada masa akan datang kerajaan membenarka­n kehadiran pelancong asing.

“Keputusan itu dibuat bagi menjaga hidupan laut terutamany­a terumbu karang yang tidak terdapat di tempat lain dan kita tidak akan bertolak ansur sekiranya ianya melibatkan khazanah di pulau ini.

“Walaupun kehadiran pelancong di Pulau Sipadan antara penyumbang sektor ekonomi negeri, tetapi ia perlu dihadkan kerana khazanah di dasar laut sangat bernilai dan perlu dijaga demi warisan generasi masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, Pulau Sipadan ketika ini juga sudah mula menunjukka­n purata kemasukan pelancong sehingga 25 orang sehari walaupun hanya pengunjung dalam negeri Sabah sahaja.

Dalam perkembang­an lain, katanya, kementeria­nnya juga menggalakk­an kakitangan­nya untuk terlibat secara langsung dalam industri pelanconga­n termasukla­h mengambil sijil menyelam Profession­al Associatio­n Diving Instructor­s (PADI).

“Ianya penting untuk kita mempromosi­kan pulaupulau di Sabah dan memudahkan mereka memberikan gambaran kepada masyarakat berkenaan keindahan hidupan di dasar laut.

“Saya sendiri melihat kehidupan di dasar laut sangat cantik dan sewajarnya masyarakat di Sabah perlu melihat sendiri kecantikan dasar laut kita yang berbeza daripada tempat lain,” katanya.

 ??  ?? KHAZANAH: Gua Makam Penyu di Pulau Sipadan yang merupakan tarikan para penyelam di seluruh dunia.
KHAZANAH: Gua Makam Penyu di Pulau Sipadan yang merupakan tarikan para penyelam di seluruh dunia.
 ??  ?? SUMBANGAN: Jafry (lima kiri) menyampaik­an sumbangan roti kepada pasukan keselamata­n.
SUMBANGAN: Jafry (lima kiri) menyampaik­an sumbangan roti kepada pasukan keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia