PPM tahan kapal nelayan tunda ikan di kawasan tidak dibenarkan
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin(PPM)Sandakanberjaya menahan sebuah kapal nelayan jenis tunda didapati melakukan kesalahan menunda ikan di kawasan tidak dibenarkan di Tanjung Layar-Layar, dekat sini, malam Isnin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan DSP Rusdin Banin berkata, sepasukan empat anggota PPM Sandakantelahmenahansebuah kapal tunda dalam Ops Gelora ketika sedang menjalankan aktivitimenangkapikankurang 3 batu nautika dari pesisiran pantai laut berkenaan.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapatibottundaberkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985, iaitu melanggar syarat lesen kerana menunda kurang 3 batu nautika dari pesisiran pantai,” katanya.
Beliau berkata, kapal beserta juragan bersama empat orang kru kapal, semuanya warganegara Indonesia berdaftar telah ditahan.
“Kapal nelayan beserta beberapa peralatan seperti pukat tundadanpelbagaihasillautdan saiz lebih kurang 200 kilogram turut dirampas,” katanya.
Rusdin berkata, kapal nelayan yang ditahan telah dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Sandakan untuk pemeriksaan lanjut dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 yang mana bagi kesalahan pertama, pemilik kapal akan dikompaun sebanyak RM500, kesalahan kedua RM1,000 dan kesalahan ketiga RM1,500, dan sekiranya kesalahan berulang lesen boleh dibatalkan dan kapal akan disita,” katanya.
Selain itu, beliau meminta masyarakat terutama warga maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 0132831197 untuk tindakan selanjutnya.