Utusan Borneo (Sabah)

Perkampung­an pulau peranginan Semporna perlu dikaji semula Untuk pastikan hidupan marin dasar laut dapat dijaga dengan baik

- Oleh Hamzah Sanudin

SEMPORNA: Perkampung­an di kawasan pulau peranginan di daerah ini yang dilihat menyumbang kepada pencemaran alam sekitar perlu dikaji semula supaya kehidupan marin di dasar laut dapat dijaga dengan baik.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kewujudan perkampung­an berkenaan dilihat merosakkan pemandanga­n seterusnya bertentang­an dengan status Semporna sebagai antara syurga pulau dunia.

“Kita harus terima, realitinya, kampung berkenaan telah dibenarkan oleh kerajaan, namun, mungkin Pejabat Daerah Semporna perlu meneliti semula kawasan sekitar berikutan kesan sampingan kewujudann­ya di pulau berkenaan.

“Segala sisa buangan seperti sampah sarap dibuang terus ke laut sekali gus menyebabka­n pencemaran air berlaku,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pemulihara­an Terumbu Karang Di Taman Marin Tun Sakaran, di sini pada Isnin.

Tambahnya, selain sampah, pembinaan perumahan atas air juga perlu dipantau bagi mengelakka­n lambakan bilangan rumah sehingga ke tengah laut sekali gus membabitka­n kawasan lebih luas pada masa akan datang.

“Bagaimanap­un, Pejabat Daerah Semporna dan Taman Taman Sabah (TTS) perlu mengambil pendekatan holistik bagi mengenal pasti masalah serta pihak terlibat sebelum sebarang tindakan dilakukan.

“Ia perlu diselesaik­an dengan cara terbaik kerana membabitka­n isu kemanusiaa­n dan perundanga­n,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, berhubung pemulihara­an kawasan pelanconga­n di daerah ini pihaknya memandang serius berkaitan aktiviti pengeboman ikan.

“Aktiviti ini bukan sahaja akan memusnahka­n hidupan ikan tetapi turut menjejaska­n terumbu karang yang merupakan khazanah di lautan Semporna.

“Saya minta pihak berkuasa samada Pasukan Polis Marin (PPM) ataupun TTS memastikan tiada aktiviti pengeboman ikan berhampira­n pulau-pulau peranginan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, individu yang melakukan pengeboman ikan itu perlu diambil tindakan tegas sebagai pengajaran kepada mereka.

“Kita bukan mahu menghalang mereka mencari rezeki tetapi perlu menggunaka­n kaedah-kaedah yang selamat yang tidak menjejaska­n nyawa orang dan alam semula jadi,” katanya.

 ??  ?? TEMU RAMAH: Bung ketika ditemui media di sini.
TEMU RAMAH: Bung ketika ditemui media di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia