Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dipelawa mendaftar derma darah

-

RANAU: Orang ramai adalah dipelawa untuk mendaftar menderma darah sempena Program Derma Darah di Pentas Santai Budaya pekan Ranau pada 10 April bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pengerusi jawatankua­sa pelaksanan­ya Daini Radani berkata, program anjuran bersama Persatuan Usahawan Wanita Ranau (PUWR) dan Pejabat Parlimen Ranau dengan kerjasama Pusat Transfusi Perubatan Hospital daerah Ranau itu, adalah antara aktiviti bagi membantu mengisi tabung darah hospital Ranau yang sentiasa perlukan bakalan darah yang mencukupi seperti ibu-ibu bersalin, pesakit talasemia dan mereka yang terlibat dengan kemalangan.

Daini berkata, program itu akan dirasmikan Timbalan Menteri Dalam Negeri II yang juga Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Menurutnya, pelbagai acara menarik yang boleh disertai sempena program itu, termasukla­h booth jualan bunga-bungaan (penyertaan RM20), jualan makanan dan minuman ringan (kemasukan RM20), persembaha­n lagulagu terbuka (kemasukan RM5) dan tarian zumba.

“Kita mengharapk­an kerjasama daripada mereka yang layak supaya tampil menderma darah, bakal menerima sijil bersama barangan iringan selepas menderma darah,” katanya.

Daini mengingatk­an orang ramai yang ke program itu agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID19 yang masih belum berakhir menular seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Jangan leka dengan keperluan mematuhi SOP seperti mengamalka­n penjarakan fizikal sekurangku­rangnya 1 meter antara individu, memakai pelitup muka dan sering membasuh tangan dengan air sabun atau cecair pembasmi kuman,” katanya.

 ??  ?? DAINI
DAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia