Utusan Borneo (Sabah)

Kempen ‘Jom! Derma Darah’ SJAM, HDOK Sandakan kumpul 90 pain darah

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: St John Ambulan (SJAM) Sandakan telah mengadakan Kempen ‘Jom! Derma Darah’ dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Duchess of Kent (HDOK) di Sejati Walk pada Ahad baru-baru ini.

Pengerusi baharu SJAM Goh Khoon Siah mengucapka­n syabas dan terima kasih kepada para penderma dalam membina satu masyarakat penyayang melalui kempen ini.

Sementara itu, Pemerintah SJAM Kawasan Sandakan Tan Chuan Joo berkata seramai 106 orang telah menyahut seruan ‘Setitik Darah, Sejuta Harapan’ menerusi kempen itu.

Dengan itu, pihaknya berjaya membantu HDOK Sandakan dalam menambah bekalan darah sebanyak 90 pain yang diperlukan pesakit, terutama dalam tempoh pandemik COVID-19.

Selain orang awam, turut bersama menderma darah ialah anggota dari Polis Pasukan Gerakan Khas Batalion ke-20 dan pegawai Mahkamah Sandakan.

Pasukan dari HDOK Sandakan telah mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) yang ketat semasa melakukan ujian awal untuk

memastikan mereka yang ingin menderma darah boleh menderma darah.

Sementara, anggota SJAM turut membantu mengawal aliran penderma, mengimbas suhu dan membuat sanitasi mengikut SOP supaya

orang ramai boleh menderma darah tanpa was-was dan tanpa kerisauan.

Life Water K2, individu dan syarikat dermawan juga menyediaka­n sumbangan untuk para penderma darah diatas kesudian mereka dalam membantu menambah bekalan darah di HDOK Sandakan sekaligus menyelamat­kan nyawa bagi yang memerlukan.

Sumbangan itu adalah berbentuk makanan dan minuman.

SJAM juga menjemput DJ untuk menyerikan suasana supaya orang ramai terhibur sambil menderma darah.

Dalam kempen ini, orang ramai juga mendermaka­n barang-barang terpakai supaya pihak SJAM dapat menyalurka­nnya kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir memberi sokongan moral ialah Penasihat SJAM Lily Aw dan wakil ADUN Elopura Alex Wong.

 ??  ?? PENDERMA: Kumpulan penderma darah pada Kempen ‘Jom! Derma Darah’ anjuran SJAM dengan kerjasama Tabung Darah HDOK Sandakan.
PENDERMA: Kumpulan penderma darah pada Kempen ‘Jom! Derma Darah’ anjuran SJAM dengan kerjasama Tabung Darah HDOK Sandakan.
 ??  ?? SERAH: Salah seorang penderma darah menerima cenderahat­i daripada pihak SJAM.
SERAH: Salah seorang penderma darah menerima cenderahat­i daripada pihak SJAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia