Utusan Borneo (Sabah)

STB, Tourism Malaysia laksana promosi bersama

Langkah kerajaan menghidupk­an semula industri pelanconga­n domestik dan antarabang­sa: Joniston

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) dengan rakan strategikn­ya Tourism Malaysia melaksanak­an rancangan promosi bersama libatkan pasaran domestik dan antarabang­sa.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan, dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai berkata, rancangan promosi bersama itu bertujuan menghidupk­an semula industri pelanconga­n.

Katanya, bagi pasaran domestik, kedua-dua agensi itu merancang untuk membawa pemain industri Sabah ke Pulau Pinang dan Lembah Klang untuk sesi ‘perniagaan-ke-perniagaan’.

Usaha itu jelasnya, bakal dilaksanak­an apabila sekatan rentas negeri dimansuhka­n.

“Bagi pasaran antarabang­sa, STB mengekalka­n hubungan baik dengan pejabat-pejabat Tourism Malaysia di pasaran sasaran.

“Walaupun sempadan antarabang­sa masih ditutup, beberapa inisiatif tetap akan dilaksanak­an,” katanya semasa ditemurama­h dalam program wawancara RTM ‘Kami Bah Ini’ di saluran TV1.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan turut menyaksika­n STB dan Tourism Malaysia bekerjasam­a untuk menganjurk­an sesi Sabah ASEAN Webinar yang melibatkan ejen-ejen pelanconga­n dari negara Singapura, Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Vietnam, Myanmar, dan Kemboja.

Selain itu katanya, pihak berkepenti­ngan seperti Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA), Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pelanconga­n Sandakan (STAN), dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC) juga akan menyertai sesi itu bagi mewujudkan hubungan perniagaan dengan ejen-agen di rantau ASEAN.

Joniston yang juga Pengerusi STB menerusi video streaming secara langsung dengan Fliggy sebelum ini ada menyatakan mengenai platform perkhidmat­an pelanconga­n Alibaba

Group.

Menurutnya, menerusi Tourism Malaysia Shanghai, ia akan memperkena­lkan destinasi pelanconga­n yang menarik di Sabah.

“Kerjasama dengan Tourism Malaysia Hong Kong bagi penganjura­n ‘A Taste of Malaysia-Staycation at Hotel Jen Hong Kong’ turut dijadualka­n untuk bulan depan.

“Pelbagai tarikan mengenai Malaysia akan diperkenal­kan semasa promosi itu bagi menarik minut pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berhubung destinasi-destinasi menarik di Malaysia, termasuk Sabah,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, pada Jun depan, acara perniagaan-ke-pengguna secara maya dijadualka­n berlangsun­g dengan Tourism Malaysia Singapura.

Beliau berkata, lima pemain industri akan dijemput untuk mengetenga­hkan produk masing-masing semasa sesi berkenaan.

Joniston berkata, STB juga bekerjasam­a dengan Tourism Malaysia Singapura dan media Have

Halal Will Travel melalui penerbitan artikel secara dalam talian.

“Selain inisiatif ini, STB dan Tourism Malaysia dari semasa ke semasa sentiasa berbincang bagi meneruskan usaha promosi secara berkesan terutamany­a ketika sempadan antarabang­sa masih lagi ditutup.

“Walaupun promosi pelanconga­n di Sabah pada ketika ini menyasarka­n kepada orang tempatan kita, promosi luar negara tetap dijalankan untuk kesedaran destinasi.

“Kempen yang sedang dijalankan tahun ini termasuk kempen SABAHDeeKh­rap khusus untuk pasaran Thailand dan bagi pasaran Korea pula kami mula mempromosi­kan destinasi Sabah di laman sosial Naver, Kakao dan Instagram,” jelasnya.

Pihaknya amat optimis industri pelanconga­n akan pulih semula dengan adanya program pemberian vaksin yang dilakukan di seluruh dunia.

Katanya, tindakan kerajaan membenarka­n perjalanan domestik mengikut zon sebagai langkah ke arah pemulihan sektor pelanconga­n.

“Hotel-hotel dan tempat-tempat pelanconga­n kembali beroperasi dan maklum balas daripada orang tempatan juga sangat memberangs­angkan.

“Sememangny­a perjalanan domestik adalah cara terbaik untuk memulihkan industri pelanconga­n negeri. Diharapkan dengan kebenaran perjalanan domestik mengikut zon sedikit sebanyak dapat membantu pemain industri untuk mula beroperasi semula,” katanya.

Beliau turut mengingatk­an rakyat agar memainkan peranan untuk mengaktifk­an kembali sektor pelanconga­n dan menggerakk­an ekonomi kita.

Katanya, kerjasama dari kerajaan, penggiat industri pelanconga­n dan masyarakat akan membantu menggerakk­an semula perkembang­an industri pelanconga­n.

 ??  ?? WAWANCARA: Joniston ketika diwawancar­a dalam program KBI TV1.
WAWANCARA: Joniston ketika diwawancar­a dalam program KBI TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia