Utusan Borneo (Sabah)

Seramai 30 sertai Kursus Kesedaran Pelanconga­n anjuran DBKK, UPPM Tg. Aru

- Oleh Hassim Haji Othman

KOTA KINABALU: Seramai 30 peserta dari lima kampung dalam DUN Tanjung Aru telah menyertai Kursus Kesedaran Pelanconga­n pada 3 April lepas bertempat di D’Megah Aru Hotel, Tanjung Aru.

Kursus adalah anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Unit Pembanguna­n Pemimpin Masyarakat (UPPM) Tanjung Aru.

Peserta terdiri daripada Ketua Kampung (KK), Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK), Jawatankua­sa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) dan Ahli Jawatankua­sa Kampung daripada Kampung Sembulan Lama, Kg. Sembulan Baru, Kg. Tanjung Aru Lama, Kg. Tanjung Aru Baru dan Pulau Gaya.

Kursus itu dirasmikan oleh Ketua Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tanjung Aru Mohd Reduan Datuk Haji Aklee.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembanguna­n Pelanconga­n Bandaraya, DBKK Fauziahton Ag Samad selaku penyelaras program.

Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung berkaitan dengan potensi pelanconga­n berasaskan komuniti di mana ianya adalah satu pendekatan untuk meningkatk­an pendapatan golongan sasar di kawasan luar bandar.

Selain daripada meningkatk­an sosioekono­mi komuniti secara tidak langsung dapat membantu di dalam pemulihara­an alam sekitar.

Sebanyak dua kertas taklimat yang telah disampaika­n iaitu oleh Dexter Randy daripada Lembaga Pelanconga­n Sabah dan Syuhani Zulkiflee daripada Suruhanjay­a Koperasi Malaysia.

Mohd Reduan dalam ucapannya mengucapka­n terima kasih dan syabas kepada DBKK kerana melaksanak­an program kesedaran pelanconga­n ini.

Katanya, program sebegini adalah sangat menetapi dalam tujuan untuk membangunk­an kawasan luar bandar dan komuniti.

Beliau menyeru kepada komuniti untuk memberi kepercayaa­n sepenuhnya kepada pemimpin yang dilantik tanpa mengira usia dalam usaha membangunk­an komuniti.

Katanya, tanpa komitmen dan kepercayaa­n daripada komuniti, program-program yang dirancang untuk komuniti tidak akan berjaya.

Hasil daripada kursus itu, dicadangka­n sebuah Jawatankua­sa Pelanconga­n di peringkat kampung ditubuhkan bertujuan mengenalpa­sti dan membangunk­an potensi pelanconga­n di kawasan masing-masing dalam DUN Tanjung Aru.

 ??  ?? ALBUM KENANGAN: Para peserta merakamkan album kenangan bersama Mohd. Reduan dan penceramah.
ALBUM KENANGAN: Para peserta merakamkan album kenangan bersama Mohd. Reduan dan penceramah.
 ??  ?? IKHLAS: Mohd. Reduan menyampaik­an cendera kenangan kepada penceramah kursus.
IKHLAS: Mohd. Reduan menyampaik­an cendera kenangan kepada penceramah kursus.
 ??  ?? AMANAT: Mohd. Reduan ketika menyampaik­an ucapan sempena kursus berkenaan.
AMANAT: Mohd. Reduan ketika menyampaik­an ucapan sempena kursus berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia