Utusan Borneo (Sabah)

Agong kurnia darjah SUMW kepada empat penerima

-

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran

Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada empat individu kenamaan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutua­n 2021.

Turut berangkat pada istiadat di Istana Negara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Mendahului senarai penerima ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dr Abdul Rahman Abbas yang dianugerah­kan darjah SUMW membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah kebesaran itu adalah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun

Juhar Mahiruddin, isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib, dan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Hadir sama pada istiadat tersebut Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa dan timbalanny­a, Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Sementara itu, Annuar dalam kenyataan berkata penganuger­ahan tersebut diberikan kepada tokoh yang memberikan sumbangan besar kepada kemajuan Wilayah Persekutua­n.

Menurut beliau, Abdul

Rahman berjasa dalam mengukuhka­n jalinan perniagaan dan industri antara Pulau Pinang dan Wilayah Persekutua­n yang membuka peluang perniagaan baharu serta pelaburan bagi komuniti perniagaan dan industri.

Sementara, Juhar pula memainkan peranan penting menyuntik semangat yang dibawa dalam Perjanjian Malaysia 1963 dengan Sabah adalah satu daripada rakan sekutu dalam kewujudan Malaysia.

“Kemajuan Sabah membolehka­n Wilayah Persekutua­n Labuan meluaskan rangka kemajuan ekonominya secara bersepadu dengan Sabah sebagai sebuah hab logistik, pengangkut­an, minyak dan gas serta pelanconga­n,” menurut Annuar.

Menurut kenyataan itu, Ragad Kurdi adalah penaung pelbagai organisasi kebajikan dan amal bergiat aktif dalam menghulurk­an sumbangan serta bantuan kewangan dan peralatan perubatan bagi menangani wabak COVID19.

Mohd Ali pula banyak berjasa mengeratka­n hubungan Melaka dan Kuala Lumpur sebagai bandar raya berkembar dalam pelbagai sektor ekonomi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DARJAH KEBESARAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Wilayah Persekutua­n di Istana Negara semalam.
— Gambar Bernama DARJAH KEBESARAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah berkenan mengurniak­an Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Wilayah Persekutua­n di Istana Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia