Utusan Borneo (Sabah)

New Zealand, Australia benar perjalanan dua hala tanpa kuarantin

-

WELLINGTON: New Zealand meluluskan perjalanan tanpa kuarantin dengan Australia semalam, dengan Perdana Menteri Jacinda Ardern menyatakan koridor dua-hala bagi perjalanan antara dua negara bebas COVID-19 itu akan dibuka bermula 18 April.

“Saya mengesahka­n perjalanan tanpa kuarantin akan bermula dalam masa dua minggu, pada jam 11.59 malam, 18 April,” umum Ardern selepas tarikh itu disahkan oleh kabinetnya.

Gelembung perjalanan itu muncul selepas lebih setahun New Zealand menutup pintunya di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan enam bulan selepas Australia membenarka­n penerbanga­n warga New Zealand ke negeri terpilih tanpa perlu kuarantin.

Ardern menggambar­kannya sebagai satu langkah pendahulu di dunia antara New Zealand, dengan hanya lima kematian dalam kalangan populasi lima juta, dan Australia mencatat kurang daripada 1,000 kematian dengan populasi 25 juta.

“Saya tidak melihat manamana negara di dunia yang mengekalka­n strategi untuk memastikan negara mereka bebas daripada COVID-19 sementara membuka perjalanan antarabang­sa,” katanya.

“Ini bermaksud kami sedang mendahului dunia.”

Industri pelanconga­n New Zealand yang terjejas berkata, pelaksanaa­n gelembung perjalanan yang sudah lama ditunggu itu boleh menyuntik sehingga satu bilion NZ dolar (RM2.91 bilion) ke dalam ekonomi tahun ini.

Ardern menyeru warga Australia untuk mengambil kesempatan dengan gelembung perjalanan itu, dalam pada musim ski New Zealand baru bermula.

“Kami ialah tempat yang selamat untuk membawa keluarga anda datang serta melawat,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia