Utusan Borneo (Sabah)

Protes di Bangladesh bertukar ganas, tiga ditembak: Doktor

-

DHAKA: Protes menentang penguatkua­saan oleh polis ke atas sekatan COVID19 di kawasan luar bandar Bangladesh bertukar ganas lewat kelmarin apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang balai polis, menyaksika­n sekurangku­rangnya tiga orang ditembak, kata polis dan seorang doktor.

Insiden itu berlaku di bandar Saltha daerah Faridpur, yang menurut polis di mana khabar angin timbul bahawa seorang lelaki tercedera ketika polis menggeleda­h pasar dengan tujuan menguatkua­sakan langkah-langkah kesihatan untuk membendung penularan pandemik COVID-19, memandangk­an kes jangkitan melonjak di seluruh negara.

Beribu-ribu orang kampung kemudian berarak dengan marah. Sekumpulan daripada mereka melemparka­n batu bata ke balai polis dan memusnahka­n pejabat kerajaan di bandar, membakar rumah seorang pegawai dan dua kereta milik kerajaan, kata polis.

“Anggota polis melepaskan tembakan untuk mempertaha­nkan diri selepas balai polis diserang,” kata jurucakap polis daerah Faridpur. Pegawai polis kedua, inspektor Nur-a-Alam Fakir, mengesahka­n insiden itu.

Polis tidak memberi angka kecederaan, namun Abdul Matin, seorang doktor wad kecemasan di Hospital Kolej Perubatan Faridpur berkata, tiga orang dalam keadaan kritikal selepas mengalami luka tembakan.

“Seorang daripada mereka ditembak di bahagian punggung, seorang lagi di dada dan mangsa ketiga ditembak di kedua-dua belah kaki,” katanya.

Bangladesh kelmarin mengisytih­arkan perintah berkurung selama tujuh hari di seluruh negara selepas kes COVID-19 mencapai rekod tertinggi dan kematian melonjak dalam beberapa minggu ini.

Pada Ahad, 7,087 orang disahkan positif COVID-19, statistik kes harian tertinggi sejak virus itu dikenal pasti di negara tersebut pada Mac 2020. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia