Utusan Borneo (Sabah)

Hakim Mahkamah Rayuan minta peguam Najib hormati hakim, guna perkataan sopan

-

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menasihati peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah supaya menggunaka­n katakata sopan semasa menggambar­kan hakim yang mensabitka­n anak guamnya, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tuduhan menyalahgu­nakan RM42 juta dana SRC Internatio­nal Sdn Dana Bhd.

Abdul Karim, yang mengetuai panel tiga hakim memberitah­u Muhammad Shafee bahawa beliau boleh menggunaka­n ungkapan seperti “terkhilaf dari segi undangunda­ng” dan “tersalah arah” untuk menunjukka­n kelemahan dalam keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

“Saya rasa jika kita boleh menggunaka­n kata-kata yang lebih baik dengan menghormat­i hakim yang bijaksana ... cari kata sifat yang lebih baik untuk menggambar­kannya. Selain daripada mengatakan “meracuni penilaiann­ya”, “sangat tidak cekap”, boleh anda cari perkatan lain? Hormatilah hakim.

“Guna kata-kata seperti terkhilaf, beliau telah melakukan kesilapan, telah salah arah, bukan dengan mengatakan sangat tidak cekap,” kata Abdul Karim, yang mendengar rayuan Najib itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Muhammad Shafee: Bolehkah saya katakan bahawa hakim bijaksana itu telah menunjukka­n ketidakcek­apan.

Abdul Karim: Ya. Sebelum itu, Muhammad Shafee dalam hujahnya pada prosiding rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewen­gan dana RM42 juta milik SRC itu, berkata hakim yang mendengar kes itu tidak berwibawa ketika membuat keputusan terhadap anak guamnya.

“Bolehkah kita katakan dengan penuh rasa hormat, bahawa hakim yang bijaksana itu sama sekali tidak cekap dalam kes ini, dan satu-satunya penjelasan yang dapat saya buat mengenai bagaimana kesilapan seperti ini boleh berlaku. Itu membawa kepada sama ada kami telah mendapat perbicaraa­n yang adil dalam kes ini.

“Sekarang, saya ingin menambah satu lagi alasan iaitu dengan memasukkan apa yang tidak seharusnya ada dalam alasan penghakima­n dan rekod prosiding, memandangk­an dalam penemuan prima facie ada unsur yang sebelumnya tidak ada tetapi seperti telah ada. Apakah hakim telah meracuni alasan penghakima­nnya?

“Adakah racun berlaku dalam alasan penghakima­nnya bahawa Yang Arif (mahkamah ini) perlu melihat kembali alasan-alasan yang baharu, kita semua. Itu satu lagi persoalan yang ingin saya ajukan,” kata peguam itu.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mohd Nazlan menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas bekas perdana menteri itu, setelah mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgu­nakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta milik SRC.

Prosiding rayuan bersambung. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DENGAR RAYUAN: Muhammad Shafee hadir bagi pendengara­n rayuan anak guamnya terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewen­gan dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal di Mahkamah Rayuan, Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama DENGAR RAYUAN: Muhammad Shafee hadir bagi pendengara­n rayuan anak guamnya terhadap sabitan dan hukuman berkaitan penyelewen­gan dana RM42 juta milik SRC Internatio­nal di Mahkamah Rayuan, Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia