Utusan Borneo (Sabah)

Reka bentuk hospital norma baharu

Hospital masa hadapan perlu bersesuaia­n bagi hadapi situasi yang tidak pernah berlaku

-

KUALA LUMPUR: Reka bentuk fizikal hospital baharu di negara ini pada masa hadapan perlu diubah agar lebih bersesuaia­n dalam menghadapi situasi yang tidak pernah berlaku seperti pandemik COVID19 yang melanda negara ketika ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata lebih-lebih lagi dalam situasi norma baharu ketika ini yang memerlukan penjagaan dari aspek sanitasi, kebersihan diri dan paling penting usaha mengelakka­n penyebaran jangkitan dalam hospital.

“Untuk COVID-19 dengan adanya reka bentuk baharu untuk hospital termasuk bangunan tinggi yang kita benarkan untuk dibina di Malaysia, kita juga perlu melihat kepada elemen setiap fasiliti perlu wujudkan kawasan di mana suhu boleh dikesan.

“Perkara paling penting juga antaranya kita perlu bilik tekanan negatif supaya tidak berlaku penularan jangkitan dalam kalangan pesakit dan dapat kawal elemen kebersihan dalam hospital termasuk bilik bedah,” katanya selepas menyampaik­an ucaptama pada forum Strategi dan Pembanguna­n 2021: Hospital Masa Depan, di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Adham berkata kementeria­n juga telah menerbitka­n buku, The Handbook of Technical Design Reference for Disaster Preparedne­ss in Setting Up New High-Rise Hospital untuk membantu pemohon yang mahu membina hospital bertingkat pada masa hadapan.

Ini berikutan pelbagai faktor seperti kenaikan harga tanah, kemampuan dan akses kemudahan perubatan, katanya. Dalam pada itu Dr Adham berkata hospital dan klinik kerajaan merekodkan jumlah kedatangan pesakit yang tinggi pada tahun lepas apabila mencatatka­n 77 juta kedatangan berbanding 17 juta pada 2008.

Jelasnya angka tersebut termasuk mereka yang berulang kali datang ke hospital tersebut dalam tempoh setahun.

Beliau turut mengakui peningkata­n angka itu turut disumbang faktor kes COVID-19.

Katanya bagi mengelakka­n kesesakan di hospital, Kementeria­n Kesihatan turut

Perkara paling penting juga antaranya kita perlu bilik tekanan negatif supaya tidak berlaku penularan jangkitan dalam kalangan pesakit dan dapat kawal elemen kebersihan dalam hospital ” termasuk bilik bedah. Datuk Seri Dr Adham Baba Menteri Kesihatan

mewujudkan Hospital Kluster dan mengoptima­kan semula hospital untuk digunakan sepenuhnya bagi menampung kedatangan jumlah pesakit yang banyak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWAT: Dr Adham melawat tapak pameran selepas majlis perasmian‘Future Hospital Strategy and Developmen­t Forum 2021’ di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama LAWAT: Dr Adham melawat tapak pameran selepas majlis perasmian‘Future Hospital Strategy and Developmen­t Forum 2021’ di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia