Utusan Borneo (Sabah)

Vaksinasi: Masyarakat Orang Asli tidak harus tercicir

-

TANJUNG MALIM: Masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman tidak harus tercicir dalam mendapatka­n vaksin COVID19, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata kekurangan fasiliti seperti capaian Internet di kawasan tempat tinggal bukanlah satu alasan bahawa masyarakat Orang Asli dipinggirk­an daripada menerima vaksin, dan pihak berkepenti­ngan perlu turun padang mendekati golongan itu.

“Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tidak mahu masyarakat Orang Asli ketinggala­n dalam urusan pendaftara­n untuk mendapatka­n vaksin biarpun tidak mudah untuk mendapatka­n perkhidmat­an Internet.

“Walaupun kurang capaian Internet, pihak kementeria­n bersama Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan Jabatan Penerangan secara bersepadu mendaftark­an mereka secara manual untuk mendapatka­n vaksin. Kita tidak mahu di saat masyarakat lain menerima vaksin, mereka (Orang Asli) tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan program Malaysia Prihatin Imunisasi COVID19 bersama penyelaras pasukan khas bagi masyarakat Orang Asli negeri Perak di Kampung Sungai Teras di Slim River di sini semalam.

Zahidi berkata justeru, Program Malaysia Prihatin Imunisasi COVID-19 di kawasan Orang Asli akan dipertingk­atkan KKMM bersama dengan Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) bagi mengalakka­n golongan itu mendaftar untuk mendapatka­n vaksin COVID-19.

Menurutnya ini kerana sambutan daripada masyarakat Orang Asli pada program berkenaan ketika ini kurang memberangs­angkan malah golongan itu seperti takut untuk mendapatka­n vaksin.

“Sambutan memang kuranglah dari masyarakat Orang Asli sehingga ada yang lari masuk hutan bila buat program, mereka tidak mahu bersama (semasa) program ini (dijalankan).

Sementara itu, Tok Batin (ketua) Kampung Sungai Teras, Kuluh Bahrin Teh, 63, berkata program Malaysia Prihatin Imunisasi COVID19 di kampung itu sangat baik memandangk­an kebanyakan penduduk tidak mempunyai akses internet untuk mendaftar bagi mendapatka­n vaksin berkenaan.

“Memang sebelum ini ada yang takut tetapi selepas pihak kerajaan masuk buat program ini dan beri penerangan, mereka mula sedar dan mahu daftar untuk dapatkan vaksin. Lebih mudah sebab hanya perlu isi borang secara manual,” tambahnya.

Semenatara itu di Melaka, dua sekolah rendah di negeri ini ditutup tiga hari susulan terdapat warga sekolah dan murid dikesan positif COVID-19 iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram dan SK Pengkalan Balak membabitka­n Kluster Jalan

Kenanga.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata SK Jeram merekodkan empat kes membabitka­n guru dan kakitangan manakala SK Pengkalan Balak pula melibatkan tiga guru dan tiga murid.

“SK Jeram ditutup bermula semalam hingga esok manakala SK Pengkalan Balak pula bermula esok hingga Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Rahmad berkata penularan COVID-19 turut dikesan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) melibatkan dua kes di bawah kluster sama dalam kalangan kakitangan­nya namun, institusi pendidikan berkenaan tidak ditutup.— Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA SANTUNI: Zahidi (kiri) menyantuni masyarakat Orang Asli pada Program Imunisasi COVID19 Malaysia Prihatin bersama Penyelaras Pasukan Khas bagi Masyarakat Orang Asli Negeri Perak di Kampung Orang Asli Sungai Teras, Slim River, dekat Tanjung Malim semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA SANTUNI: Zahidi (kiri) menyantuni masyarakat Orang Asli pada Program Imunisasi COVID19 Malaysia Prihatin bersama Penyelaras Pasukan Khas bagi Masyarakat Orang Asli Negeri Perak di Kampung Orang Asli Sungai Teras, Slim River, dekat Tanjung Malim semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia