Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki disyaki pecah masuk dan mencuri di kafe direman

-

MIRI: Seorang lelaki yang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam satu kes pecah masuk dan curi ke atas sebuah kafe diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman tujuh hari.

Perintah itu dikeluarka­n Majistret Leona Dominic Mojiliu setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Khairul Wahab.

Dalam permohonan­nya Khairul memberitah­u, pada 25 Mac lalu seorang pemilik kafe telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 42, mendakwa sekitar jam 11.11 pagi tersebut beliau telah dimaklumka­n pekerjanya bahawa kafenya di Jalan Piasau di sini telah dipecah masuk orang tidak dikenali dipercayai melalui pintu hadapan.

Pengadu dan seorang rakan sekerja kemudian bergegas ke tempat kejadian dan setelah membuat pemeriksaa­n mendapati beberapa barang telah hilang termasuk wang tunai RM1,500, sebuah komputer riba serta dua botol arak berjenama.

Kerugian dianggarka­n bernilai RM13,500.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis diketuai Inspektor Mohd Shamm Nazfadley Nasir yang melakukan Ops Pintu telah membuat serbuan ke sebuah rumah kayu di tepi sungai di kawasan Pasar Nelayan Piasau Utara di sini.

Dalam serbuan sekitar jam 2 petang, 5 April lalu, polis telah menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Dalam permohonan lanjutnya Khairul berkata, memandangk­an siasatan tidak dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam, justeru pihak pendakwaan memohon reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas suspek yang berusia 31 tahun dari Jalan Riam di sini.

Katanya, polis masih memerlukan masa untuk melengkapk­an kertas siasatan termasuk mengesan barang kes serta merakam percakapan beramaran suspek.

Mahkamah membenarka­n reman selama tujuh hari ke atas suspek sehingga 13 April ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia