Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dicekup bersama syabu

-

LIMBANG: Seorang lelaki ditangkap bersama sejumlah syabu di sebuah rumah di Kampung Baru, Kuala Berawan di sini malam kelmarin.

Suspek,38,berasaldar­iKampung Benuas di sini dicekup sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) selepaskel­ihatanmenc­urigakan di hadapan rumah itu, jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata ketika membuat pemeriksaa­n ke atas lelaki itu, polis bertanyaka­n sama ada dia ada menyimpan barang salah atau dadah.

“Suspek kemudianny­a menyerahka­n dengan tangan kanan kepada polis satu bekas plastik berwarna hitam.

“Pemeriksaa­n mendapati ia mengandung­i sembilan peket plastik lutsinar jernih berisi hablur kristal disyaki dadah syabu seberat tujuh gram bernilai RM700 dan dirampas daripada suspek,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Abang Zainal berkata, suspek dibawa ke Pejabat BSJND untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan suspek memperoleh­i dadah daripada seorang lelaki tinggal di Kampung Limpaku Pinang di sini dengan harga RM700.

“Hasil risikan anggota BSJN Limbang didapati suspek bergiat aktif dalam aktiviti penyalahgu­naan dadah dan tindakan mengesan dan menangkap pembekal dari Limpaku Pinang dilaksanak­an bagi membantera­s pengedaran dadah di daerah Limbang,” katanya.

Suspek juga positif dadah hasil saringan awal polis yang dilakukan terhadapny­a.

Suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu direman di Mahkamah Majistret Limbang hari ini bagi melengkapk­an siasatan kesalahan Narkotik mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

 ??  ?? BARANG KES: Syabu dijumpai dalam pemeriksaa­n ke atas suspek.
BARANG KES: Syabu dijumpai dalam pemeriksaa­n ke atas suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia