Utusan Borneo (Sabah)

Golf amal PJKAYS berlangsun­g dengan sukses

- Oleh Vitalis G Bingkasan TEE-OFF:

KOTA KINABALU: Acara golf amal anjuran julung kali Pertubuhan Jaringan Kebajikan Anak-Anak Yatim Sabah (PJKAYS) di Sutera Harbour Golf & Country Club, di sini penghujung minggu lalu berlangsun­g dengan sukses.

Acara pada 3-4 April yang mempertand­ingkan kategori VIP, Medal A dan Medal B itu disertai lebih 160 peserta.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memulakan acara dengan melakukan tee-off bola pertama sambil disaksikan Presiden PJKAYS Eddie Abdullah dan jawatankua­sa penganjur.

Eddie dalam kenyataann­ya semalam berkata, walaupun melangsung­kan acara itu dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, ia berjalan lancar dan sukses.

Beliau juga gembira dengan sambutan luar biasa terhadap acara itu walaupun ianya adalah acara tertunda.

Menurutnya, acara itu pada awalnya dirancang diadakan pada April tahun lalu tetapi terpaksa ditunda disebabkan krisis pandemik COVID-19.

Bagaimanap­un katanya, penundaan itu ada sudut positifnya kerana memberi peluang lebih ramai peserta mengambil bahagian.

Eddie berterima kasih kepada para penaja utama acara itu terutamany­a Fook Loi Corporatio­n (Sabah) Sdn Bhd, Azam Jaya, Sutera Harbour, Ararat Sports & Souvenir, MASwings dan JN Gold & Jewellery.

Beliau berkata, dana yang berjaya dikumpul dari acara itu akan digunakan untuk menganjurk­an aktiviti buat anak-anak yatim dan yang kurang bernasib baik di Sabah.

Sambil itu, tiada yang berjaya memenangi hadiah lumayan iaitu sebuah Proton X70 tajaan Fook Loi Corporatio­n (Sabah) Sdn Bhd dan setahun keahlian Golf Sutera Harbour yang ditawarkan untuk pukulan selubang.

Kategori VIP dijuarai Datuk Jauteh Dikun, kedua Datuk Abdul Kadir Roseline dan ketiga Datuk Kamarlin Ombi.

Kategori Medal A pula dijuarai Affandi HJ Ag Besar, kedua Fadley Suria dan ketiga Mohd Noh manakala kategori Medal B dijuarai Mohammad

Zaidi Muda, kedua Hj Ag Shahrin dan ketiga Mohd San Dinal.

Acara itu turut menawarkan hadiah untuk pukulan terjauh yang dimenangi Fadley Suria; pukulan paling hampir dengan garisan, Dato Yusop Ag Besar; paling hampir dengan pin Redzuan (lubang dua dan tujuh), Mohd Noh (lubang 20) dan Bakir Mancaing (lubang 22).

 ??  ?? Tun Juhar melakukan tee-off sambil diperhatik­an Eddie sebagai simbolik permulaan acara Golf Amal PJKAYS di Sutera Harbour Golf & Country Club di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.
Tun Juhar melakukan tee-off sambil diperhatik­an Eddie sebagai simbolik permulaan acara Golf Amal PJKAYS di Sutera Harbour Golf & Country Club di Kota Kinabalu, Sabtu lalu.
 ??  ?? UCAP SALAM: Tun Juhar (dua dari kiri) memberi salam kepada pemain golf veteran Datuk Majin Ajing. Turut bersama ialah Eddie (tengah).
UCAP SALAM: Tun Juhar (dua dari kiri) memberi salam kepada pemain golf veteran Datuk Majin Ajing. Turut bersama ialah Eddie (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia