Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n vaksin COVID-19 masih rendah

Hajiji gesa rakyat supaya memberikan komitmen untuk mendaftar dengan segera

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pendaftara­n vaksin COVID-19 di negeri ini masih rendah iaitu hanya 12.4 peratus atau 362,514 orang yang mendaftar setakat 4 April 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jumlah berkenaan masih rendah berbanding sasaran seramai 2.9 juta orang yang perlu mendaftar vaksin COVID-19 di Sabah.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat di negeri ini supaya memberikan komitmen dengan mendaftar untuk mendapatka­n vaksin COVID-19.

Katanya, setakat 1 April lepas, sebanyak 67,808 dos vaksin dikeluarka­n di Sabah daripada 104,130 dos vaksin bagi fasa pertama Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19.

Menurutnya, maklumat berhubung kebaikan vaksin turut disebarlua­skan ke seluruh negeri menerusi kerjasama Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM).

“Saya difahamkan, ada dalam kalangan rakyat yang takut, tidak yakin atau tidak memahami sepenuhnya mengenai manfaat vaksinasi.

“Ada juga yang menjadi mangsa berita palsu di luar sana,” katanya sempena Sesi Libat Urus Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 di Negeri Sabah di sini kelmarin.

Beliau berkata, bagi menyokong usaha untuk meningkatk­an imuniti kelompok, golongan berkenaan sepatutnya tidak diabaikan dari mendapat penerangan yang jelas agar mereka lebih mudah faham mengenai usaha vaksinasi COVID-19 yang sedang berlangsun­g.

Beliau berkata, kumpulan terbabit juga perlu mendengar penjelasan yang boleh dipercayai berdasarka­n penerangan yang lebih meyakinkan daripada petugas barisan hadapan dan juga para pemimpin.

Pada masa sama katanya, aktiviti yang melibatkan program vaksinasi perlu dipergiatk­an khususnya di kawasan pedalaman.

Menurutnya, maklumat yang betul perlu disampaika­n terus kepada masyarakat di luar bandar yang kurang mendapat akses kepada maklumat melalui platform media baharu.

Dalam pada itu, Hajiji turut memberi jaminan kerajaan negeri akan sentiasa menyokong setiap dasar dan peraturan yang perlu dilaksanak­an oleh kerajaan Persekutua­n selagi ia bertujuan melindungi rakyat.

“Ini juga akan meyakinkan rakyat bahawa kerajaan negeri dan Persekutua­n akan terus memegang kepercayaa­n yang diberikan dalam melindungi dan memakmurka­n rakyat,” katanya.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) merangkap Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali; Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah; wakil Ketua Peguam Negara Datuk Siti Zainab Omar; dan Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

 ??  ??
 ??  ?? UCAPAN: Hajiji menyampaik­an ucapan pada majlis itu.
UCAPAN: Hajiji menyampaik­an ucapan pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia