Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan tambah baik pengurusan COVID-19

Inti pati lawatan kerja Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 ke Sabah

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19 mengadakan lawatan kerja ke Sabah pada Isnin.

Pengerusin­ya Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, lawatan kerja ke setiap negeri yang terjejas adalah penting untuk merangka langkah penambahba­ikan pengurusan COVID-19 di negara ini.

“Selaku pengerusi bersama bagi Jawatankua­sa Teknikal Pengurusan Darurat COVID-19, tinjauan ke lokasi adalah penting bagi melihat sendiri keadaan di kawasan terjejas.

“Lawatan kerja ini meliputi pertemuan bersama para pemimpin negeri bagi mendapatka­n maklumat serta meninjau keperluan dalam merancang tindakan susulan yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau ditemui media ketika mengetuai lawatan kerja ke Depot Imigresen Kota Kinabalu bersama Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi bersama jawatankua­sa terbabit Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Mengulas mengenai isu pengusiran pendatang asing tanpa izin (PTI), beliau menjelaska­n, langkah tersendiri perlu diambil dalam menangani hal berkenaan.

“Pengusiran PTI melibatkan hubungan antara dua negara, jadi perbincang­an akan dilakukan bagi menyelesai­kan isu pengusiran mereka yang berada dalam tahanan.

“Selain itu, Kerajaan Persekutua­n dengan kerjasama Kerajaan Negeri serta jabatan berkaitan akan mengambil jalan yang terbaik bagi menyelesai­kan isu ini,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong, Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof, Pengarah Imigresen Malaysia Negeri Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi. — Penerangan

 ??  ?? TAKLIMAT: Takiyuddin (dua dari kanan) bersama Noor Hisham (kanan) dan Safar (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Sade (kiri).
TAKLIMAT: Takiyuddin (dua dari kanan) bersama Noor Hisham (kanan) dan Safar (dua dari kiri) mendengar taklimat daripada Sade (kiri).
 ??  ?? IRINGI: Sade (dua dari kiri) mengiringi Takiyuddin (dua dari kanan) sambil memberikan penerangan.
IRINGI: Sade (dua dari kiri) mengiringi Takiyuddin (dua dari kanan) sambil memberikan penerangan.
 ??  ?? FAIL: Takiyuddin melihat fail Depot Imigresen KK.
FAIL: Takiyuddin melihat fail Depot Imigresen KK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia