Utusan Borneo (Sabah)

5,000 pengundi DUN Sebatik sertai BERSATU

Keputusan mengikut jejak langkah Hassan adalah atas kerelaan sendiri tanpa paksaan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Dianggarka­n seramai 5,000 pengundi daripada 98 cawangan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Terdahulu, Hassan menyerahka­n borang keahlian BERSATU kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semasa majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-2 Parti BERSATU Sabah, pada Isnin.

Kemudianny­a, Hajiji yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah menyerahka­n borang itu kepada Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Hassan berkata, semua pengundi dan ketua cawangan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik yang mengikut jejak langkahnya itu atas kerelaan mereka sendiri tanpa paksaan.

“Saya tidak pernah memaksa atau memberikan ganjaran kepada mereka untuk menyertai parti BERSATU, semua itu keputusan mereka sendiri.

“Keputusan ketua-ketua cawangan yang senada dengan saya itu diambil kerana mereka semua mahukan pembanguna­n yang mampan di DUN Sebatik,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, semalam.

Beliau berkata, keputusan untuk menyertai BERSATU dibuat setelah perbincang­an dibuat bersama ahli-ahli dan ketua-ketua cawangan di peringkat akar umbi.

“Kami semua berkeyakin­an dengan kepimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pucuk pimpinan lain dapat membangunk­an Malaysia.

“Kita dapat melihat perancanga­n dan perubahan yang sedang berlaku khasnya di negeri Sabah semakin bertambah baik,” katanya.

Menurutnya, mereka juga percaya dengan adanya kerjasama yang erat didalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu membawa perubahan yang besar kepada negeri ini walaupun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Kita juga melihat, walaupun kerajaan GRS menerima kritikan daripada sesetengah pihak, namun pemimpin

GRS tetap konsisten berkhidmat dan membantu rakyat,” katanya.

Hassan menjadi ADUN Sebatik selepas memenangi kerusi itu atas tiket Parti Warisan Sabah (WARISAN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September tahun lalu.

Namun, pada 25 Febuari lepas, beliau mengumumka­n keluar daripada WARISAN dan menjadi ADUN Bebas mesra GRS dan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri kerana kecewa sikap pimpinan WARISAN yang terlalu banyak berpolitik berbanding kepentinga­n rakyat.

 ??  ?? PEMIMPIN: Hassan (dua kanan) bersama Hajiji dan Hamzah dalam majlis itu.
PEMIMPIN: Hassan (dua kanan) bersama Hajiji dan Hamzah dalam majlis itu.
 ??  ?? SERAH: Hassan (tiga kanan) menyerahka­n borang keahlian BERSATU kepada Hajiji.
SERAH: Hassan (tiga kanan) menyerahka­n borang keahlian BERSATU kepada Hajiji.
 ??  ?? MOGA BERJAYA: Antara yang hadir dalam majlis penutupan program.
MOGA BERJAYA: Antara yang hadir dalam majlis penutupan program.
 ??  ?? SERTAI LATIHAN: Seramai 20 perantis Tahap 2 ikuti latihan kemahiran di KATC.
SERTAI LATIHAN: Seramai 20 perantis Tahap 2 ikuti latihan kemahiran di KATC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia