Utusan Borneo (Sabah)

Program jelajah UPPM Sabah bantu kakitangan laksana tugas dengan baik

- Oleh Yusop Teppo

KINABATANG­AN: Program jelajah Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Sabah ke setiap pejabat UPPM memberi impak baik dalam pelaksanaa­n tugas dan tanggungja­wab dengan penuh integriti setiap kakitangan bagi membantu rakyat.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Lamag Abu Bakar Gapar berkata, ini akan memastikan setiap kakitangan di UPPM akan lebih memahami dalam bidang tugas dan tanggungja­wab mereka masing-masing semasa melaksanak­an tugas.

“Kami amat mengalu-alukan usaha ini dan berterima kasih kepada pegawai di UPPM Sabah dalam siri jelajah ini,” katanya ketika berucap semasa sesi Taklimat Khas untuk kakitangan UPPM dalam Parlimen Kinabatang­an di Bilik Mesyuarat Mahkamah Anak Negeri Sandakan.

Taklimat Khas yang disampaika­n Pegawai Operasi UPPM Sabah Rizan Aziz dan Suraya Abdul Rashik membabitka­n kakitangan UPPM di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu UPPM Kuamut, UPPM Lamag dan UPPM Sukau.

Abu Bakar berkata, sesi taklimat ini akan memberi impak yang baik kepada setiap kakitangan di UPPM dalam melaksanak­an tugas dengan baik untuk membantu rakyat.

Beliau juga turut mengucapka­n terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah atas kelulusan memberi sebuah kenderaan kepada setiap UPPM di negeri ini.

“Kelulusan kenderaan ini akan lebih memberi kemudahan kepada kakitangan UPPM dalam melaksanak­an tugas dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Rizan yang mewakili pegawai UPPM Sabah mengucapka­n terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang membantu untuk program ini.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abu Bakar menyampaik­an cendera kenangan kepada Suraya sambil diperhatik­an oleh Rizan (dua kiri) dan PPM Kuamut serta PPM Sukau.
TERIMA KASIH: Abu Bakar menyampaik­an cendera kenangan kepada Suraya sambil diperhatik­an oleh Rizan (dua kiri) dan PPM Kuamut serta PPM Sukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia