Utusan Borneo (Sabah)

AHB umum agihan pendapatan interim bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021

-

KUCHING: Syarikat Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) dan anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) bersama Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) mengumumka­n pengagihan pendapatan interim dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sebanyak 2.35 sen seunit untuk tempoh enam bulan berakhir 31 Mac 2021.

Jumlah tersebut menurut kenyataan Pengarah Urusan PHB Datuk Mahmud Fauzi Muda, terhasil daripada pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.15 sen seunit dan pengagihan bonus sebanyak 0.20 sen seunit.

“Bonus terkumpul ini diberikan hasil sumbangan daripada PHB selaku penaja dana AHB dan bakal diagihkan untuk 500,000 unit pertama kepada setiap pemegang unit.

“Keadaan pasaran semasa terus mencabar walaupun wabak COVID-19 telah melanda selama setahun,” katanya semalam.

Pada 2020, PHB telah melaksanak­an program ‘Rent Relief Program’ (RRP) bagi meringanka­n beban penyewa yang terjejas di bangunanba­ngunan milik PHB.

Pihaknya juga telah menyediaka­n peruntukan tambahan bagi meneruskan program ini pada 2021.

Bagaimanap­un, disebabkan sumber yang terhad program bantuanter­sebuthanya­diberikan kepada para penyewa yang paling teruk terjejas.

Ekoran keadaan ekonomi yang tidak menentu, PHB setakatini­dapatmengg­antikan sebahagian besar penyewa yang hilang dengan penyewa baharu.

“PHB kini sedang giat berusaha memperoleh aset baharu terpilih, terutama dalam sektor perindustr­ian dan penjagaan kesihatan.

“Pembanguna­n hartanah PHB juga sedang berjalan lancar di mana sebuah hospital swasta baharu yang terletak di Kuala Lumpur bernilai RM340 juta telah siap dibina pada September 2020, tambahnya.

Pada masa yang sama, PHB telah memeterai perjanjian bagi membangunk­an sebuah gudang industri seluas dua juta kaki persegi di Shah Alam dengan kos kira-kira RM0.5 bilion yang akan dipajak sepenuhnya kepada sebuah syarikat logistik antarabang­sa, ujar beliau.

PHB juga sedang aktif mengadakan rundingan mengenai pembanguna­n hospital swasta baharu di sekitar Selangor dan Pantai Timur.

Selain itu tegas Mahmud, aset-aset hartanah baharu ini bakal menyokong penyuntika­n unit baharu ke dalam dana AHB dalam masa terdekat.

Pada 15 Mac lalu, PHB dan MAM telah menawarkan semula 160 juta unit AHB untuk dilanggan oleh masyarakat Bumiputera.

Unit-unit yang ditawarkan semula itu adalah hasil unit terkumpul yang telah ditebus oleh pemegang-pemegang unit selama setahun sejak Mac 2020.

Ia juga tidak memberi kesan kepada dana semasa AHB yang telah diluluskan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAM Ahmad Najib Nazlan berkata, penawarans­emula160ju­taunit AHB telah meraih sambutan yang memberangs­angkan.

Pihaknya menasihati warga Bumiputera yang berminat melanggan supaya mengunjung­i cawangan pengedar di Maybank, Ambank atau Ambank Islamic sebelum unit-unit ini dilanggan sepenuhnya.

Pengagihan pendapatan interim AHB tersebut adalah dikecualik­an daripada cukai dan telah dizakatkan dan akan dikreditka­n terus ke dalam akaun bank pemegangpe­megang unit pada 15 April 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia