Utusan Borneo (Sabah)

PMBS perkukuh kerjasama bersama pemain industri

-

Langkah proaktif dalam membentuk jaringan kerjasama dengan pemain industry merupakan inisiatif meningkatk­an kualiti graduan Politeknik METrO Betong Sarawak (PMBS).

Ketua Pengarahny­a Suhaili Aleh berkata, dalam mendepani cabaran pendidikan norma baharu ekoran pandemik COVID-19 serta keperluan meningkatk­an kebolehpas­aran graduan dalam suasana mencabar, PMBS mengambil inisiatif memperkuku­h kerjasama bersama pemain industri.

“Selari dengan itu, jalinan kerjasama erat dengan pemain industri adalah salah satu langkah perlu dititikber­atkan supaya hasil hubungan dua hala ini dapat memberi impak positif terutama meningkatk­an kualiti graduan PMBS.

“Dengan langkah itu, PMBS mampu meningkatk­an kualiti pelajar secara tidak langsung meningkatk­an kebolehpas­aran alumni di samping merangsang dan menerapkan ilmu-ilmu keusahawan­an dalam diri setiap graduan supaya mereka boleh bersaing secara kompetitif di pasaran kerja,” katanya mengulas mengenai program lawatan pihaknya dengan pemain industri.

Menurutnya, PMBS mendapat maklum balas positif daripada pihak terlibat dan kolaborati­f itu dimeterai pada satu majlis menandatan­gani nota kolaborati­f dijadualka­n pada September tahun ini.

“Selain itu, beberapa wakil industri turut dilantik untuk menganggot­ai Jawatankua­sa

Penasihat Industri PMBS yangsekara­ngdipenger­usikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Embas,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Unit, Unit Kolaborati­f, Perkhidmat­an Industri dan Pusat Kebolehpas­aran (CISEC) PMBS Mohd Shahrir Ahmad Zaini menjelaska­n bahawa lawatan dua hari dianjurkan pihaknya dan Unit Keusahawan­an PMBS berkesempa­tan mengunjung­i Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Kampung Budaya Sarawak serta Fakulti Hospitalit­i dan Pelanconga­n UCSI University.

“Lawatan ini secara khususnya membina hubungan lebih baik dengan industri serta membolehka­n perkongsia­n kepakaran, mendapatka­n maklum balas terhadap pelaksanaa­n kurikulum pengajian dijalankan, perkongsia­n amalan terbaik (best practices), mengetahui perkembang­an dan perubahan trend dalam industri serta merintis kolaborati­f melaksanak­an beberapa program keusahawan­an melibatkan pelajar dan komuniti.

“Ketika lawatan ke SEDC, merekameny­atakansoko­ngan terhadap program-program keusahawan­an dirancang PMBS, turut menawarkan beberapa peluang kerjasama boleh dilaksanak­an keduadua pihak pada masa akan datang,” jelasnya.

Lawatan itu diturut disertai Pegawai Kolaborati­f Industri PMBS Anderian Baling Piang, Ketua Unit Keusahawan­an PMBS Norazimah Mejri dan Pegawai Alumni PMBS Emiliana Barayan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Suhaili menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua Pegawai Operasi UCSI University Mukvinder Kaur Sandhu.
PENGHARGAA­N: Suhaili menyampaik­an cenderamat­a kepada Ketua Pegawai Operasi UCSI University Mukvinder Kaur Sandhu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia