Utusan Borneo (Sabah)

Sekolah di Zon Merah, tahap kes membimbang­kan disaran beroperasi bergilir

-

Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mengesyork­an agar sekolah di Zon Merah COVID-19 dan masih berada pada tahap kes membimbang­kan beroperasi secara sistem bergilir seperti dilaksanak­an di Sibu.

Presiden KGBS Ahmad Malie berkata, kesatuan tetap menyokong pembukaan persekolah­an setelah cuti pertengaha­n penggal pertama selama seminggu.

Namun katanya, KGBS menggesa juga agar pengoperas­ian pembukaan persekolah­an itu distruktur semula mengikut keadaan dan situasi pandemik COVID-19 di zonzon berkaitan.

“Sekiranya perlu bergilir terutama bagi sekolah-sekolah yang mempunyai ramai enrolmen, KGBS amat menyokong.

“KGBS menyokong penuh dan memuji tindakan proaktif Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu merangkap Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee yang mengumumka­n bahawa semua sekolah menengah dan rendah di bahagian Sibu akan dilaksanak­an secara bergilir selama empat minggu bagi sesi persekolah­an mulai dibuka minggu ini bagi mengekang rantaian pandemik COVID19,” katanya menerusi kenyataan kepada Utusan Borneo, semalam.

Ahmad berkata, dengan tindakan itu KGBS percaya sekurang-kurangnya ia dapat mengurangk­an kesesakan murid serta mengurangk­an risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah.

Sehubungan itu katanya, KGBS berharap sekiranya zon-zon lain yang masih dalam keadaan merah dan situasi COVID-19 masih berada pada tahap merisaukan dan berhasrat mengikut langkah Zon Sibu, ia adalah langkah terbaik demi keselamata­n warga sekolah daripada penularan COVID-19.

“KGBS menegaskan bahawa langkah sedemikian boleh diambil sekiranya zon berkenaan masih dalam keadaan merisaukan. Namun sekiranya keadaan zon itu dalam keadaan baik atau sederhana, adalah lebih baik sekolah-sekolah tersebut beroperasi seperti biasa.

“KGBS mengingatk­an walau dalam apa juga mod persekolah­an dilaksanak­an, kesatuan mengharapk­an semua pihak mesti mematuhi dan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) tanpa gagal setiap masa,” kata Ahmad.

Beliau menegaskan agar semua pihak mendisipli­nkan diri dengan mengamalka­n SOP sebagai amalan hidup dalam era norma baharu ini.

Baru-baru ini Dr Annuar mengumumka­n bahawa sesi persekolah­an semua sekolah menengah dan rendah di bahagian Sibu akan dilaksanak­an secara penggilira­n selama empat minggu apabila sesi persekolah­an mula dibuka.

Katanya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira situasi wabak COVID19 di bahagian berkenaan dan mengelakka­n kesesakan serta penularan wabak itu di sekolah.

Beliau berkata, penilaian sistem bergilir itu akan diteliti semula selepas empat minggu ini bergantung kepada jumlah kes positif COVID-19 di Sibu berdasarka­n laporan hariannya.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia