Utusan Borneo (Sabah)

Sistem JPJEBID penyumbang tertinggi hasil kutipan JPJ

-

KUALA PILAH: Sistem Bidaan Nombor Pendaftara­n Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) adalah antara penyumbang tertinggi kepada kutipan hasil Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dengan kutipan keseluruha­n direkodkan lebih RM177 juta tahun lepas .

Ketua Pengarahny­a, Datuk Zailani Hashim berkata, jumlah itu adalah melalui 130 nombor pendaftara­n siri dan setakat Mac lepas, hampir RM60 juta (34 siri) berjaya diperoleh berbanding lebih RM40 juta bagi tempoh sama pada tahun lepas.

Beliau berkata, pelaksanaa­n JPJeBid yang menggantik­an sistem tender nombor pendaftara­n secara manual itu turut berjaya mengurangk­an tanggapan masyarakat terhadap ketelusan keputusan tender.

“Sebelum ini, kalau mereka di Selatan Johor hendak bida nombor Perlis misalnya, mereka kena bawa borang, pergi ke bank dan sebagainya, tapi sekarang, boleh senanglena­ng di rumah dan bida mana-mana nombor melalui dalam talian sahaja.

“Ini jelas menunjukka­n aspek pendigital­an yang kita terapkan itu berjaya, banyak benda boleh diselesaik­an dengan cepat sekali gus meningkatk­an hasil dan mengurangk­an ketirisan hasil negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat baharu JPJ cawangan Kuala Pilah, di sini semalam.

Beliau berkata, selain JPJeBid, hasil kutipan juga diperolehi termasuk melalui hasil cukai, pembaharua­n lesen memandu dan lesen kenderaan motor yang mana JPJ berjaya mengutip hasil sebanyak RM4.1 bilion pada tahun lepas.

“Kita tidak jangka pun akan dapat jumlah itu susulan pandemik COVID-19 dan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanak­an, dan tahun ini kita sasarkan boleh cecah RM4.4 bilion berdasarka­n pendekatan digitalisa­si perkhidmat­an,” katanya.

Sementara itu, Zailani berkata JPJ juga akan memperkena­lkan JPJeQ bagi menambah baik sistem nombor giliran sedia ada yang mana akan dilancarka­n Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pada 12

April ini sempena sambutan Hari JPJ.

Beliau berkata, menerusi sistem itu, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR melalui telefon pintar bagi mendapatka­n nombor giliran dan menyemak jangkaan tempoh menunggu sebelum berurusan di kaunter.

“Jadi, orang ramai tidak perlu lagi beratur dan menunggu lama, mereka boleh membuat urusan lain dahulu sementara nombor giliran mereka dipanggil,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada JPJ akan memperting­katkan penguatkua­saan pemakaian tali pinggang keledar belakang memandangk­an pengguna jalan raya dilihat bersikap sambil lewa terhadap pematuhann­ya, beliau berkata pendekatan secara advokasi dilaksanak­an dengan meluas ketika ini.

Beliau berkata, pemakaian tali pinggang keledar belakang adalah penting untuk keselamata­n selain tidak menolak penguatkua­saan terhadap pemakaiann­ya akan dilaksanak­an secara menyeluruh di negara ini pada masa akan datang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Zailani (dua, kiri) menyampaik­an sijil penubuhan Kadet Pengangkut­an Jalan Malaysia (PJM) kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chan Wa Ean Yong Moon (dua, kanan) pada majlis perasmian Pejabat JPJ cawangan Kuala Pilah, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Zailani (dua, kiri) menyampaik­an sijil penubuhan Kadet Pengangkut­an Jalan Malaysia (PJM) kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chan Wa Ean Yong Moon (dua, kanan) pada majlis perasmian Pejabat JPJ cawangan Kuala Pilah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia