Utusan Borneo (Sabah)

WRRS OSH-C tangani isu keselamata­n, kesihatan pekerjaan berkaitan jalan raya

-

KUALALUMPU­R:Program Penyelaras Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan yang khusus bagi sektor Pekerjaan Berkaitan Jalan Raya (WRRS OSH-C) dilancarka­n hari ini bagi menangani isu Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi sektor pekerjaan berkaitan dengan jalan raya.

Program itu merupakan kerjasama antara Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS), Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Menurut kenyataan bersama tiga agensi tersebut, WRRS OSH-C diperkenal­kan bagi melahirkan individu terlatih yang diiktiraf oleh JKKP untuk membantu majikan mempraktik­kan aspek KKP, mempromosi­kan budaya KKP di tempat kerja dan mengurangk­an risiko nahas jalan raya melibatkan pekerja.

Ketua Pengarah MIROS Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata ia adalah inisiatif Kluster Penyelidik­an WRRSM (Work-Related Road Safety Management) dibangunka­n MIROS.

“Ia khusus kepada sektor yang melibatkan pekerjaan berkaitan jalan raya seperti pengendali kenderaan komersial, pengangkut­an awam, perkhidmat­an kecemasan, penyelengg­araan dan pemantauan jalan raya. Berdasarka­n statistik PERKESO, nahas jalan raya melibatkan pekerja pergi dan pulang dari tempat kerja serta penggunaan kenderaan semasa bekerja mencatatka­n peningkata­n sebanyak hampir 80 peratus sejak 10 tahun lepas,” katanya bersempena dengan Work-Related Road Safety Symposium 2021 yang diadakan di Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Eksekutif

PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz berkata seramai 587 pekerja meninggal dunia akibat nahas jalan raya sewaktu pergi dan balik daripada kerja pada 2020.

JKKP pula berharap MIROS sebagai pusat pengajar bagi kursus WRRS OSH-C akan dapat melatih Koordinato­r OSH dalam membantu dan menasihati majikan bagi meningkatk­an tahap KKP di tempat kerja dengan cara penambahba­ikan yang mudah dilaksana dan melibatkan kos rendah tetapi memberikan impak tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia