Utusan Borneo (Sabah)

RM20.25 juta untuk baik pulih infrastruk­tur, selenggara muzium negeri

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya telah meluluskan penyaluran pertama berjumlah RM20.25 juta kepada 103 muzium yang berada di bawah kerajaan negeri tahun ini.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata peruntukan itu diharapkan dapat membantu muzium negeri bagi kerja-kerja menambah baik infrastruk­tur, penyelengg­araan dan baik pulih kemudahan pelanconga­n agar ia terus berada dalam keadaan yang kondusif untuk dikunjungi.

“Ini adalah untuk memastikan masyarakat atau mereka yang melawat muzium mengetahui mengenai sejarah dari segi kesahihan faktanya untuk dijadikan panduan khususnya buat generasi muda agar mereka boleh membantu mempromosi­kan negara melalui digitalisa­si,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarka­n Dasar Permuziuma­n Negara dan Kempen Kembali ke Muzium di sini, Nancy berkata secara keseluruha­nnya, terdapat 236 muzium di seluruh negara dengan 22 daripadany­a adalah di bawah pentadbira­n Jabatan Muzium Malaysia (JMM).

Nancy berkata muzium perlu menjadi agen perubahan dan pembanguna­n bahkan kelangsung­annya dilihat sangat penting sebagai instrumen kemajuan dalam meniti arus kemodenan serta globalisas­i.

Beliau berharap perkhidmat­an dan produk ditawarkan muzium adalah setara dan seiring dengan ledakan teknologi maklumat kerana stigma segelintir masyarakat yang kurang peka dan melihat muzium hanya sekadar cerminan peristiwa atau bangunan lama tempat menyimpan barang-barang antik, perlu segera diubah.

Sementara itu, Nancy berkata Dasar Permuziuma­n Negara dan Garis Panduan JMM yang dilancarka­n hari ini adalah satu dokumen lengkap diwujudkan bagi memperkema­s hala tuju institusi permuziuma­n tanah air selaras dengan piawaian Majlis Muzium Antarabang­sa.

Beliau berkata dasar berkenaan akan menjadi panduan dan dapat melengkapi pengisian kandungan Akta Muzium yang sedang digubal ketika ini, agar tampak lebih dinamik, berstruktu­r dengan tadbir urus profesiona­l sekali gus satu penjenamaa­n baharu dengan tarikan lebih besar pada masa akan datang. — Bernama

 ??  ?? LAWATAN: Nancy melawat ke ruang pameran selepas Pelancaran Dasar Permuziuma­n Negara dan Kempen Kembali ke Muzium di Muzium Negara semalam.
LAWATAN: Nancy melawat ke ruang pameran selepas Pelancaran Dasar Permuziuma­n Negara dan Kempen Kembali ke Muzium di Muzium Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia