Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan bersenjata CAR ikrar bubar parti campuran pemberonta­k

-

BANGUI: Kumpulan bersenjata paling kuat di Republik Afrika Tengah (CAR) dalam satu kenyataan kelmarin berkata, mereka akan membubarka­n parti campuran pemberonta­k untuk menyingkir­kan Presiden Faustin Archange Touadera.

“Persatuan Keamanan di Afrika Tengah (UPC), komited untuk menarik diri daripada Parti Campuran Patriot untuk Perubahan (CPC),” tulis ketua kumpulan itu Ali Darassa.

Parti campuran itu merupakan sebahagian daripada persekutua­n bersenjata yang terkuat di negara yang berpecah belah itu, yang bersatu pada 19 Disember dan mendakwa Touadera, calon dalam undian pada 27 Disember, cuba untuk mengubah undian.

Mereka terdiri daripada kumpulan militan dan bersama-sama mengawal dua pertiga negara miskin itu.

Touadera telah dipilih semula dengan hanya satu daripada tiga pengundi dapat membuang undi kerana pemberonta­k mengawal hampir seluruh negara.

Darassa berkata, sejak krisis undian itu populasi mereka telah terjejas teruk akibat ketiadaan keselamata­n, situasi kesihatan, kebuluran dan kekurangan bantuan asasi manusia.

UPC, tambah kenyataan itu, mengesahka­n komitmenny­a kepada proses Perjanjian Khartoum, perjanjian keamanan yang ditandatan­gani pada Februari 2019 antara kerajaan dan 14 kumpulan bersenjata.

Situasi tegang memuncak di CAR sejak pilihan raya Disember, dan peningkata­n keganasan dalam beberapa bulan ini merupakan perbalahan terbaru dalam perang saudara yang sudah berlanjuta­n selama lapan tahun.

Lebih 30,000 penduduk sudah lari dari negara akibat keganasan semasa pilihan raya itu, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sementara berpuluh ribu lagi kehilangan tempat tinggal dalam negara.

Pada 13 Januari, pasukan pemberonta­k telah menyerang kawasan luar bandar, dan kali pertama membuat serangan paling hampir dengan bandar sejak permulaan serangan mereka.

Namun serangan mereka berdepan dengan angkatan pertahanan kerajaan yang disokong oleh 12,000 anggota tentera pengaman PBB, para militan Rusia dan pasukan Rwanda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia