Utusan Borneo (Sabah)

Tidak peka siren kecemasan dipercayai punca kemalangan van dan ambulans

-

KUCHING: Tidak peka dengan siren kecemasan dipercayai punca kemalangan membabitka­n sebuah van dan ambulans di persimpang­an lampu isyarat Jalan Datuk Marican Salleh, kelmarin.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu yang mana menurutnya, pemandu van berusia 38 tahun itu tidak menyedari ambulans terbabit melintas di hadapannya lalu merempuh bahagian tepi sebelah kiri ambulans.

Menurutnya, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 9.40 pagi ketika ambulans dari Klinik Kesihatan Tanah Puteh itu dalam perjalanan menghala ke Jalan Kwong

Lee Bank membawa seorang pesakit wanita.

“Ketika sampai di persimpang­an lampu isyarat semasa lampu isyarat hijau, tiba-tiba ambulans dilanggar sebuah van di bahagian pintu depan dan tengah sebelah kiri.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan pemandu van tidak peka dengan siren kecemasan ambulans yang lalu melintasi jalan,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Impak daripada pelanggara­n tersebut menyebabka­n pemandu dan penumpang van yang merupakan pasangan suami isteri mengalami kecederaan.

“Pemandu van cedera ringan di kepala dan penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dan kedua-duanya dirawat di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Manakala pemandu, penumpang dan pesakit di dalam ambulans dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? REMUK: Keadaan ambulans selepas dirempuh dalam kemalangan tersebut kelmarin.
REMUK: Keadaan ambulans selepas dirempuh dalam kemalangan tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia