Utusan Borneo (Sabah)

Guna dron, alat pengesan jarak jauh pantau tapak pembinaan

-

PETALING JAYA: Pemain industri pembinaan digesa menggunaka­n dron atau alat pengesan jarak jauh dalam usaha mengurangk­an risiko kemalangan di tempat kerja.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Zailee Dollah berkata penggunaan keduadua teknologi itu dilihat berkesan bagi memastikan kadar pematuhan peraturan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).

Beliau berkata penggunaan teknologi itu dipercayai dapat membantu mengurangk­an kemalangan yang kerap berlaku dan meningkatk­an KKP pada aras tertinggi.

“Selain itu, jumlah kemalangan maut di tapak pembinaan pada 2019 turun sebanyak 22 peratus sejak garis panduan Keselamata­n dan Kesihatan Industri Pembinaan (Pengurusan) diperkenal­kan empat tahun lepas.

“Sebanyak 189 kes direkodkan pada 2017 manakala pada 2018 dan 2019 masing-masing mencatatka­n 169 dan 144 kes,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis persidanga­n tahunan KKP Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) di sini semalam.

Sementara itu, mengulas mengenai sindiket kartel projek yang berjaya ditumpaska­n Ahad lepas, beliau berkata pihaknya menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Perkara ini, kita baru tahu ia wujud… kalau tidak ada penangkapa­n kita tidak akan tahu maka biarlah pihak berkuasa dan kerajaan yang ambil tindakan,” katanya.

Semalam, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia menumpaska­n sindiket kartel projek dengan penahanan tujuh individu termasuk seorang ketua sindiket.

Sindiket kartel projek yang dikatakan beroperasi sejak 2014 itu telah memonopoli 345 tender daripada beberapa kementeria­n dan agensi kerajaan di seluruh negara dengan nilai projek RM3.8 bilion. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia