Utusan Borneo (Sabah)

Bangunan Pusat Khidmat Komuniti di Putatan

Digunakan sebagai pusat operasi pengumpula­n dan agihan bantuan sekiranya berlaku bencana

-

KOTA KINABALU: Sebuah bangunan Pusat Khidmat Komuniti dicadang diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat daerah Putatan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan Rakyat Ir Shahelmey Yahya berkata, bangunan ini akan digunakan sebagai pusat operasi pengumpula­n dan agihan bahan-bahan bantuan serta sumbangan dari pelbagai pihak sekiranya berlaku bencana terutama di daerah Putatan dan daerah sekitarnya.

“Cadangan ini timbul dengan mengambil kira apa yang berlaku pada gelombang pertama pandemik COVID-19 yang melanda negara, yang mana terdapat kesukaran untuk mencari tempat menyimpan bahan sumbangan serta tempat mengagih bantuan makanan kepada masyarakat yang memerlukan di daerah Putatan baru-baru ini.

“Dengan adanya bangunan seperti ini, ia boleh digunakan sebagai pusat sehenti bagi penyumbang mahupun penerima untuk mendapatka­n bantuan sekiranya berlaku bencana.

“Selain daripada itu, bangunan ini juga dicadang akan digunakan sebagai tempat bagi badan sukarela menjalanka­n aktiviti serta melatih golongan belia untuk turut serta menyertai badan kesukarela­an.

“Lokasi bangunan ini masih belum ditetapkan kerana ia masih di peringkat cadangan,” jelasnya ketika menerima kunjungan hormat rombongan Ahli Jawatankua­sa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Putatan yang diketuai pengerusin­ya Nanih Abah di pejabat beliau di Wisma Tun Fuad Stephens di sini, pada Isnin.

Kunjungan itu diadakan bagi memperkena­lkan barisan kepimpinan BSMM Daerah Putatan kepada Ir Shahelmey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat serta memaklumka­n aktivitiak­tiviti kesukarela­an yang telah dan sedang dijalankan kepada beliau.

Pada kunjungan itu, Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Putatan Jerome Conahap turut memaklumka­n bahawa terdapat keperluan yang tinggi di daerah tersebut bagi perkhidmat­an ambulans bagi kegunaan masyarakat terutama pada waktu malam. Menurutnya, pada masa kini perkhidmat­an ambulans daripada Klinik Kesihatan Putatan hanya beroperasi sehingga jam 9 malam dan selepas waktu tersebut perkhidmat­an ambulans hanya boleh diperolehi daripada Hospital Queen Elizabeth.

“Bagi kes-kes kecemasan perkhidmat­an ini amat diperlukan oleh masyarakat di daerah Putatan terutama bagi mengambil atau menghantar pesakit ke hospital yang berhampira­n.

“Oleh sebab itu, pihak BSMM Daerah Putatan amat berharap agar ada mana-mana pihak atau agensi korporat yang sudi menyumbang­kan sebuah ambulans kepada BSMM Daerah Putatan untuk kegunaan bencana serta masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Selain daripada itu pihak BSMM Daerah Putatan turut memerlukan sebuah bangunan sendiri untuk dijadikan sebagai pejabat bagi tujuan pentadbira­n, pusat latihan sukarelawa­n serta tempat menyimpan aset dan logistik bagi tujuan bencana dan kecemasan.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Shahelmey (tengah) ketika menerima kunjungan AJK BSMM Daerah Putatan.
KUNJUNGAN: Shahelmey (tengah) ketika menerima kunjungan AJK BSMM Daerah Putatan.
 ??  ?? CENDERA KENANGAN: Nanih (dua dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan dan portfolio BSMM Putatan kepada Ir Shahelmey.
CENDERA KENANGAN: Nanih (dua dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan dan portfolio BSMM Putatan kepada Ir Shahelmey.
 ??  ?? PORTFOLIO: Shahelmey menunjukka­n portfolio BSMM Daerah Putatan yang diserahkan kepada beliau.
PORTFOLIO: Shahelmey menunjukka­n portfolio BSMM Daerah Putatan yang diserahkan kepada beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia