Utusan Borneo (Sabah)

Kaji semula keputusan tidak membenarka­n bazar Ramadan beroperasi

- Oleh Yap Siong Han

KUDAT: Keputusan kerajaan negeri tidak membenarka­n bazaar Ramadan beroperasi sememangny­a membawa kebaikan dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19 tetapi ia juga mendatangk­an masalah besar kepada peniaga kecil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Kapor Ben Chong berkata, keputusan yang dilakukan itu seharusnya perlu mempunyai situasi menang-menang dan tidak menyusahka­n rakyat.

Ben mempersoal­kan keputusan kerajaan negeri mengenai bazar Ramadan tetapi akur pula dengan keputusan kerajaan Pusat untuk membenarka­n pasar mingguan serta pasar malam beroperasi.

“Mungkin kerajaan negeri hari ini tidak berani untuk membantah keputusan dibuat kerajaan Pusat. Apa beza pasar malam dengan bazar Ramadan?

“Kedua-duanya memang sesak dengan pelanggan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) sememangny­a gagal dipatuhi.

“Ini bermakna jangkitan COVID-19 boleh berlaku di pasar malam walaupun hanya dibenarkan beroperasi seminggu sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, alasan yang diberikan bagi membenarka­n pasar malam beroperasi adalah untuk menjana ekonomi peniaga kecil.

Katanya, perkara yang sama juga dengan bazar Ramadan kerana ramai yang berniaga adalah peniaga kecil yang ingin menjana pendapatan untuk kelangsung­an hidup.

“Isunya ialah kerajaan negeri gagal berfikir bagaimana supaya umat Islam yang berpuasa tidak sukar untuk mendapatka­n juadah berbuka.

“Ramai kalangan suri rumah kerana tuntutan kerja tidak sempat memasak di rumah tentu sekali pilihan adalah bazar Ramadan.

“Bagaimana dengan Hari Raya adakah umat Islam tidak dibenarkan membeli makanan untuk menyambut perayaan berkenaan?” katanya.

Katanya, satu pendekatan menang-menang perlu diwujudkan. Beliau mencadangk­an agar cara penggilira­n atau mengehadka­n bilangan penjaja bazar Ramadan dengan kawalan SOP ketat perlu dilaksanak­an.

“Ia penting agar aktiviti ekonomi terus berjalan, kawal pelanggan dengan memastikan SOP dipatuhi secara berkesan dalam tempoh bulan puasa ini.

“Bazar Ramadan seharusnya dibenarkan beroperasi, mengapa restoran dan pusat aktiviti lain dibenarkan beroperasi. Sudah pasti peniaga kecil akan rugi,” katanya.

 ??  ?? BEN
BEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia