Utusan Borneo (Sabah)

PSKS laksana program kesedaran kanser di Matunggong

- Oleh Yap Siong Han

KUDAT: Masyarakat dinasihatk­an sentiasa peka terhadap tahap kesihatan masing-masing seterusnya mengambil serius bahayanya penyakit kronik seperti kanser.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julita Majungki berkata, masyarakat juga dinasihatk­an untuk mengambil langkah berjagajag­a untuk mencegah daripada penyakit kronik berkenaan.

“Pada hari ini (semalam) Persatuan Sukarelawa­n Kanser Sabah (PSKS) telah menganjurk­an program Kesedaran Kanser di Dewan Undangan Negeri (DUN) Matunggong.

“Saya menyambut baik usaha murni program seumpama ini kerana ia sekali gus akan dapat meningkatk­an kesedaran dan memandang serius akan kewujudan penyakit kanser dalam kalangan rakyat.

“Saya berterima kasih dan kagum dengan usaha PSKS yang telah melaksanak­an program ini yang mana banyak memberi manfaat kepada rakyat khususnya di DUN Matunggong,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Kesejahter­aan menyeru kepada semua golongan masyarakat agar mengamalka­n gaya hidup sihat serta sentiasa melakukan pengesanan awal sebagai satu langkah mencegah penyakit kanser yang merupakan pembunuh utama di Malaysia.

“Setiap hari, ada saja yang meninggal akibat penyakit kanser dan begitu juga dengan pertambaha­n kes-kes kanser yang direkodkan di hospital semakin meningkat.

“Justeru, kerajaan sentiasa prihatin kepada pencegahan dan pengesanan awal penyakit kronik seperti kanser payudara dan servik dalam kalangan segenap lapisan masyarakat di wilayah Sabah.

“Setiap tahun kerajaan memperuntu­kkan sejumlah subsidi mamogram (ujian mengesan kesan payudara bagi wanita berumur 40 tahun serta saringan kanser servik,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Sabah telah menyediaka­n 20 kuota untuk subsidi Mamogram.

Beliau turut menjelaska­n Ketua Kampung serta Pengerusi JPKK memainkan peranan serta bertanggun­gjawab untuk menyalurka­n maklumat dan pengetahua­n kepada penduduk kampung masing -masing.

“Saya mengucapka­n syabas dan tahniah kepada PSKS dan semua yang terlibat menjayakan program ini.

“Diharapkan agar lebih banyak lagi program seumpama ini akan diadakan dan seterusnya memberikan manfaat kepada rakyat Matunggong,” katanya.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Presiden PSKS, LPPK Sabah Lawrence Libur Imui, wakil Klinik Kesihatan Narandang Dr. Nurfahain Azzuanie Awang Tangah, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Marius Masain, wakil Klinik Nur Sejahtera Felomina Leonardo dan wakil ADO Pejabat Daerah Kecil Matunggong Tasyrif Jalamin.

 ??  ?? KENANGAN: Julita (enam kiri) bersama para peserta dalam program berkenaan merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Julita (enam kiri) bersama para peserta dalam program berkenaan merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia