Utusan Borneo (Sabah)

Teknologi ‘Pavement Patcher’ pertama di Sabah

-

PAPAR: Penggunaan teknologi baharu, Pavement Patcher untuk Lebuh Raya Pan Borneo Sabah adalah yang pertama di Sabah.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menerusi syarikat konsesi, Pembinaan Kekal Mewah Sdn Bhd komited dalam memberikan perkhidmat­an yang terbaik untuk masyarakat di negeri ini sesuai dengan tekadnya untuk menjadi organisasi teknikal yang menerajui pembanguna­n infrastruk­tur.

Bercakap kepada media, Pengurus Jurutera syarikat tersebut, Mazlan Maide, 36, berkata penggunaan jentera dengan teknologi China berupaya melakukan kerja-kerja penyelengg­araan jalan raya khususnya bagi projek mega di Malaysia Timur secara optimum dan efisien.

“Penggunaan teknologi, Pavement Patcher ini tepat pada masanya kerana walaupun negara sedang berdepan dengan suasana ekonomi yang kurang memberangs­angkan akibat pandemik COVID19, kita masih mengekalka­n aspek kualiti kerja.

“Jentera ini adalah satusatuny­a di Sabah yang mana sangat berkesan dalam melakukan kerja-kerja penyelengg­araan jalan raya berbanding kaedah konvension­al,” ujar beliau.

Menurut jurutera berpengala­man 14 tahun itu, hanya melalui empat langkah kerja iaitu heating, scarify, spraying dan compaction, keupayaan Pavement Patcher sudah melengkapi ciri-ciri yang dikehendak­i iaitu mempercepa­tkan kerja di tapak, menghasilk­an kualiti kerja terbaik, penggunaan tenaga kerja yang kurang dan menjimatka­n kos penggunaan bahan.

“Sebelum ini, kerja menambal secara konvension­al menggunaka­n tenaga sepasukan enam pekerja dengan peralatan.

“Bagi kerja patching konvension­al, kita tidak menggunaka­n kaedah pemanasan, tetapi kami hanya menggunaka­n aspal dan emulsi untuk menampal dan memadatkan­nya.

“Masa pemanasan di antara 5 hinggga 30 minit bergantung kepada kaedah permukaan jalan.

“Di situ, kita dapat menjimatka­n masa 50 peratus menggunaka­n teknologi baharu ini berbanding dengan penambalan konvension­al.

“Dari segi kapasiti pula, konvension­al memerlukan tenaga kerja seramai enam orang berbanding hanya empat orang pekerja dengan jentera ini,” jelasnya selepas memberi taklimat ringkas kepada Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia, Datuk Sri Fadillah Yusof ke tapak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej 04 (WP04) Bongawan Papar di sini, pada Khamis.

Fadillah diiringi Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Sri Bung Moktar Radin dan Pembantu Menterinya, Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian, Mohd Tamin Zainal dan Ahli Parlimen, Datuk Mohamad Alamin pada lawatan terbabit.

Kesimpulan­nya, teknologi yang dibawa oleh syarikat konsesi bukan sekadar memastikan kerja peneyeleng­garaan seperti menambal lubang jalan secara efektif, namun apa yang paling penting adalah manfaat kepada rakyat iaitu memastikan keselamata­n nyawa semua pengguna jalan raya terjamin. — Penerangan

 ??  ?? PERTAMA DI SABAH: Pavement Patcher kini digunakan untuk menyelengg­ara jalan sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.
PERTAMA DI SABAH: Pavement Patcher kini digunakan untuk menyelengg­ara jalan sepanjang Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.
 ??  ?? SIMBOLIK: Fadillah (kanan) menandatan­gani plak sebagai simbolik pelancaran projek jajaran WP 04 Bongawan-Papar, sambil diiringi Limus (dari kiri), Mohamad dan Bung.
SIMBOLIK: Fadillah (kanan) menandatan­gani plak sebagai simbolik pelancaran projek jajaran WP 04 Bongawan-Papar, sambil diiringi Limus (dari kiri), Mohamad dan Bung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia