Utusan Borneo (Sabah)

‘Chicago 7’ kukuhkan kedudukan sebagai pesaing di Oscar

Filem mahkamah arahan Aaron Sorkin itu dinobatkan sebagai filem terbaik di Screen Actors Guild Awards

-

‘The Trial Of The Chicago 7’ baru-baru ini telah dinobatkan sebagai filem terbaik di anugerah berprestij Screen Actors Guild Awards, dan dengan ini telah mengukuhka­n kedudukan filem itu sebagai pesaing utama di anugerah Oscar yang akan berlangsun­g pada hujung bulan ini. Drama kamar mahkamah arahan Aaron Sorkin yang berdasarka­n rusuhan anti perang AS pada 1968 dan memaparkan perbicaraa­n yang terkenal itu, membawa pulang anugerah terhormat dalam acara itu, yang diadakan dalam penyiaran sejam secara maya ekoran pandemik ini. “Kita memerlukan pemimpin yang akan membimbing kita untuk tidak membenci sama sendiri,” kata Frank Langella, yang membawa watak seorang hakim rasis dalam filem bertema hak asasi manusia itu. “Kami berterima kasih kepada suarasuara Chicago 7, dan terutamany­a Aaron Sorkin, ketua kami, yang mana suara beliau merupakan jiwa filem ini,” tambahnya merujuk yang meninggal akibat kanser Ogos lepas, telah diundi sebagai pelakon terbaik untuk drama blues 1920-an ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ oleh kumpulan pelakon Hollywood. Anugerah SAG merupakan acara tahunan penting dalam Tinseltown, yang akan mencapai klimaks tahun ini dengan Academy Awards yang tertunda pada 25 April. Malam acara yang selalunya gemilang, memulakan kemaraanny­a untuk menempa sejarah dengan memenangi filem terbaik Oscar selepas membawa pulang anugerah utama SAG. Dalam masa yang sama, filem ‘Nomadland’ oleh Chloe Zhao yang menjadi kesukaan Oscar, telah memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Golden Globe, namun ia tidak menerima pencalonan pun daripada SAG. Bintang ‘Nomadland’ Frances McDormand juga turut gagal memenangi aktres terbaik SAG, di mana beliau kalah di tangan bintang bersama Boseman dalam ‘Ma Rainey’ iaitu Viola Davis. Davis mengucapka­n terima kasih kepada “Chadwick Boseman yang baik,” dan balunya Taylor Simone Ledward menerima anugerah itu, memetik Boseman: “Jika kamu melihat dunia berat sebelah, jadilah kesateria yang kuat menolak pertimbang­an minda.” Mendiang pelakon ‘Black Panther’ itu juga diberi penghormat­an dalam segmen tahunan “dalam ingatan”, bersama bintang-bintang yang meninggal tahun ini termasuk Sean Connery dan Christophe­r Plummer. Tahun ini menyaksika­n Hollywood lebih menyokong penglibata­n kelompok minoriti dalam industri itu, Daniel Kaluuya dinobat pelakon pembantu terbaik dalam watak ketua Black Panther Fred Hampton dalam ‘Judas and the Black Messiah’. Veteran Yuh-jung Youn telah mengukuhka­n sokongan SAG terhadap filem Korea Selatan. Beliau melepasi rekod ‘Parasite’ apabila berjaya memenangi anugerah individu SAG, pelakon wanita pembantu terbaik untuk ‘Minari’, kisah imigran berlatarbe­lakangkan tahun 1980-an di Arkansas. Namun filem itu, selain ‘Ma Rainey’, ‘One Night in Miami’ dan ‘Da 5 Bloods’ semuanya menampilka­n pelakon kulit hitam, kalah dengan ‘Chicago 7’, yang kini mempunyai peluang terbaik untuk mengatasi ‘Nomadland’ apabila Oscar membuka undi pada 15 April. Acara itu dibuka dengan sketsa daripada pasukan bola sepak British ‘Ted Lasso’, dengan Jason Sudeikis, jurulatih Amerika yang tidak tahu apa-apa komedi itu, memberikan kata-kata semangat kepada pasukan. Sudeikis dinobatkan pelakon komedi TV terbaik, manakala ‘Schitt’s Creek’ membawa pulang anugerah komedi lain, termasuk Catherine O’Hara sebagai pelakon terbaik. Anugerah juga menampilka­n pelakon bercerita tentang pekerjaan mereka, dan bagaimana mereka menjalani tahun mereka dalam pandemik. Saga kerabat diraja British ‘The Crown’ memenangi drama terbaik, dan bintangnya Gillian Anderson dinamakan pelakon wanita terbaik. Jason Bateman memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik drama untuk ‘Ozark’. Dalam siri terhad, Mark Ruffalo dan Anya TaylorJoy menambah kepada kemenangan Golden Globe mereka untuk ‘I Know This Much Is True’ dan ‘The Queen’s Gambit’. — AFP

 ??  ?? Poster filem ‘The Trial Of The Chicago 7’.
Poster filem ‘The Trial Of The Chicago 7’.
 ?? — Gambar AFP ?? DIIKTIRAF: Gambar tangkap skrin ihsan Screen Actors Guild Awards® ini menunjukka­n Simone Ledward Boseman menerima anugerah bagi pihak suaminya Chadwick Boseman yang memenangi pelakon lelaki terbaik untuk filem ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ semasa anugera SAG yang diadakan secara maya baru-baru ini.
— Gambar AFP DIIKTIRAF: Gambar tangkap skrin ihsan Screen Actors Guild Awards® ini menunjukka­n Simone Ledward Boseman menerima anugerah bagi pihak suaminya Chadwick Boseman yang memenangi pelakon lelaki terbaik untuk filem ‘Ma Rainey’s Black Bottom’ semasa anugera SAG yang diadakan secara maya baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? VIOLA DAVIS
VIOLA DAVIS
 ?? — Gambar AFP ?? PERTAMA UNTUK KOREA SELATAN: Veteran Yuh-jung Youn telah mengukuhka­n sokongan SAG terhadap filem Korea Selatan apabila berjaya memenangi anugerah individu SAG, pelakon wanita pembantu terbaik untuk ‘Minari’.
— Gambar AFP PERTAMA UNTUK KOREA SELATAN: Veteran Yuh-jung Youn telah mengukuhka­n sokongan SAG terhadap filem Korea Selatan apabila berjaya memenangi anugerah individu SAG, pelakon wanita pembantu terbaik untuk ‘Minari’.
 ??  ?? AARON SORKIN
AARON SORKIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia