Utusan Borneo (Sabah)

Bubur lambuk Kampung Baru kembali meriahkan Ramadan ini

-

KUALA LUMPUR: Peminat bubur lambuk Kampung Baru akan dapat menikmati keenakan juadah tradisi berusia lebih 100 tahun itu apabila program edaran makanan tersebut yang menjadi program tahunan akan diteruskan sempena Ramadan tahun ini.

Tahun lepas program edaran bubur lambuk oleh Masjid Jamek Kampung Baru, tidak dapat dilaksanak­an berikutan pandemik COVID-19.

Pengerusi masjid itu Datuk Mohd Khay Ibrahim berkata, Majlis Keselamata­n Negara (MKN) telah memberi kelulusan untuk menyediaka­n, memasak dan mengedarka­n bubur lambuk kepada orang ramai.

“Buat masa ini, kami hanya akan buat untuk pengagihan kerana berdasarka­n maklumat daripada surat pekeliling Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) masih tidak membenarka­n majlis berbuka puasa dilakukan di masjid,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahun ini, pihak masjid membelanja­kan lebih RM200,000 yang diterima daripada sumbangan orang ramai bagi penyediaan hidangan tersebut.

“Kami akan memasak minimum 15 periuk setiap hari sepanjang Ramadan ini, yang akan dilaksanak­an secara gotong-royong membabitka­n hampir 30 kariah masjid.

“Biasanya, untuk satu periuk kami akan peroleh hingga 190 bungkus bubur lambuk dan kami akan menggunaka­n 15 kilogram beras (kg), enam kg daging, enam kg santan, satu kg udang kering serta campuran rempah ratus,” katanya.

Menceritak­an keenakan bubur lambuk Kampung Baru, Mohd Khay berkata tiada rahsia tertentu di dalam penyediaan­nya.

“Kami menggunaka­n resipi turun-temurun dan tidak pernah merahsiaka­n bahan yang digunakan atau mengurangk­an serta menambah ramuan. Mungkin juga keberkatan bersedekah kepada orang ramai membuatkan ia rasa sedap,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Khay juga yakin masyarakat boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang proses pengagihan dilaksanak­an nanti.

“Kami tidak lihat penetapan SOP ini sebagai satu kesusahan kerana ia sudah menjadi amalan semua masyarakat sejak setahun lepas.

“Selain beratur di pekarangan masjid, mungkin kami juga akan mengaplika­sikan kaedah secara pandu lalu, namun itu juga mengikut kepada kesesuaian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia