Utusan Borneo (Sabah)

Utusan PBB tiba di Bangkok runding isu Myanmar

-

Selepas tidak dibenarkan memasuki Myanmar, utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Myanmar, Christine Schraner Burgener tiba di Bangkok pada Jumaat bagi memulakan lawatan ke negara Asia.

Kementeria­n Luar Thailand (MFA) berkata, Schraner Burgener yang sudah menerima dua dos vaksin COVID-19, sedang menjalani kuarantin tujuh hari.

“Selepas kuarantin, beliau dijadual bertemu beberapa pegawai kanan kerajaan, termasuk wakil Perdana Menteri dan Menteri Luar Don Pramudwina­i dan pegawai agensi PBB.

“Kunjungan ke Thailand bertujuan bertukar dan berkongsi pandangan serta perspektif mengenai situasi di Myanmar, untuk mencari jalan penyelesai­an,” kata MFA dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sebagai negara jiran, MFA berkata Thailand turut bimbang dengan situasi Myanmar dan kesannya terhadap rakyat.

“Kami komited untuk bekerjasam­a dan terlibat secara konstrukti­f dengan masyarakat antarabang­sa, termasuk melalui PBB dan ASEAN untuk mencari penyelesai­an secara aman bagi Myanmar dan rakyatnya.

“Kami berharap lawatan ke rantau ini oleh Utusan Khas dapat menyumbang ke arah penyelesai­an,” tambah kenyataan itu.

“Baru tiba di BKK (Bangkok) untuk rundingan. Saya kecewa, semalam (kelmarin) Tatmadaw (angkatan tentera) membalas permintaan saya dengan mengatakan mereka tidak bersedia menerima saya. Saya sedia untuk berdialog. Keganasan tidak akan membawa kepada sebarang penyelesai­an,” tulis beliau di Twitter.

Sementara itu, AFP melaporkan lawatan Schraner Burgener ke Myanmar untuk bertemu pemimpin tertinggi tentera, namun jurucakap junta Zaw Min Tun berkata “kami tidak ada sebarang rancangan untuk beri kebenaran buat masa ini “.

Sekurang-kurangnya 600 orang awam terbunuh ekoran tunjuk perasaan yang tercetus sejak rampasan kuasa tentera 1 Februari lalu dan hampir 3,000 lagi ditahan. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? UTUSAN: Gambar fail 15 Oktober 2018 ini menunjukka­n Christine tiba di Lapangan Terbang Sittwe di Rakhine State.
— Gambar AFP UTUSAN: Gambar fail 15 Oktober 2018 ini menunjukka­n Christine tiba di Lapangan Terbang Sittwe di Rakhine State.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia