Utusan Borneo (Sabah)

KSM setuju majikan beri cuti kepada pekerja untuk divaksin

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) bersetuju agar majikan memberikan cuti kepada pekerjanya untuk mendapatka­n vaksin COVID-19.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan berkata, pemberian cuti oleh majikan dapat meyakinkan lagi rakyat Malaysia untuk mendapatka­n vaksinasi kerana masih terdapat segelintir yang risau untuk menerima suntikan tersebut.

“Bagaimanap­un, ia bergantung kepada majikan untuk memberikan cuti kepada pekerja dan kerajaan tidak dapat memberikan cuti khas kerana bukan semua orang mengambil vaksin pada hari yang sama,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Functional Adaptive Clothing di sini semalam.

Baru-baru ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, beberapa syor akan dikemukaka­n pada mesyuarat Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) bersama KSM, antaranya menyaranka­n atau mewajibkan majikan memberi cuti kepada pekerja untuk mendapatka­n vaksin mereka.

Sementara itu, mengenai Perkeso Functional Adaptive Clothing, Saravanan berkata sebanyak 1,000 pakaian yang direka khas dengan fungsi fleksibel bagi memudahkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) akan diedarkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) OKU di seluruh negara sebelum dikomersia­lkan.

Katanya, ia mendapat sokongan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan korporat yang menyumbang 250 pakaian adaptif kepada OKU disalurkan melalui NGO terpilih.

Pusat Rehabilita­si PERKESO Tun Abdul Razak mengambil inisiatif berkenaan dengan menghasilk­an pakaian tradisiona­l Malaysia yang dimulakan dengan Baju Kurung dan Baju Melayu dengan kerjasama pereka fesyen terkenal Nurita Harith.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h berkenan merasmikan majlis pelancaran tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia