Utusan Borneo (Sabah)

Lapan negeri hos Kejohanan Eropah mahukan penonton

-

LAUSANNE: Lapan daripada 12 hos untuk Kejohanan Eropah tahun ini telah memutuskan mereka mahu menerima penonton dalam perlawanan berdasarka­n keadaan COVID-19 yang semakin bertambah baik, kata UEFA pada Jumaat.

Empat lagi hos, Munich, Rome, Bilbao dan Dublin telah diberi tempoh sehingga 19 April untuk memberi tahu rancangan mereka “dan keputusan terakhir akan dibuat pada tarikh itu tentang membuka perlawanan mereka di empat lokasi itu”, ulas sebuah badan pemantau bola sepak Eropah dalam sebuah kenyataan.

Ini meningkatk­an kebarangka­lian bahawa bandar yang masih dalam persoalan itu mungkin akan kehilangan hak untuk menjadi hos, dan perlawanan akan dialih ke lokasi hos lain.

Jumlah penonton yang dibenarkan dalam stadium akan berlainan bergantung dengan kekesuaian lapan lokasi itu, dengan Saint Petersburg dan Baku telah mengesahka­n mereka membenarka­n penonton pada 50 peratus kapasiti manakala Budapest menyasarka­n 100 peratus daripada kapasiti “namun dengan syarat ketat untuk memasuki stadium buat para penyokong.”

UEFA mengulas Amsterdam, Bucharest, Copenhagen dan Glasgow akan membuka pintu antara suku dan satu per tiga daripada kapasiti penuh, sementara London “telah mengesahka­n kapasiti minimum pada 25 peratus untuk permainan tiga kumpulan pertama dan peringkat 16 akhir”. Ini untuk membenarka­n lebih banyak penyokong boleh menghadiri perlawanan baki di Stadium Wembley, yang akan menyaksika­n kedua-dua permainan separuh akhir dan pusingan akhir pada 11 Julai.

UEFA menyatakan setiap bandar hos telah diberi peluang untuk membuat keputusan masing-masing dalam angka penonton yang dibenarkan untuk menonton perlawanan setelah “banyak faktor” dipertimba­ngkan, terutamany­a pengagihan vaksin. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia