Utusan Borneo (Sabah)

Toleransi tinggi kekalkan perpaduan: Jahid

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TAMPARULI: Persefaham­an dan toleransi tinggi dalam kalangan rakyat di negeri ini perlu dikekalkan bagi menjamin perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, sikap toleransi dan saling memahami mampu memelihara perpaduan dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kepercayaa­n, agama serta etnik.

Menurutnya, hanya melalui persefaham­an dan toleransi yang tinggi dapat mengekalka­n perpaduan dan keamanan di dunia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mengecat Bangunan Masjid Al-Quddus Kampung Kiwoi sempena ambang Ramadan di sini semalam.

Jahid turut menjadikan keluarga di Sabah yang terdiri daripada pelbagai fahaman kepercayaa­n sebagai contoh apabila berlaku diskrimina­si agama, ibarat dicubit paha kiri, paha kanan turut terasa.

“Begitulah hal yang berlaku di Sabah, kerana sikap bertolak ansur dan hormatmeng­hormati sesama kita sangat tinggi, itulah yang kita warisi sejak dahulu lagi,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, Ramadan tahun ini tidak lagi seperti dahulu kerana terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) disebabkan pandemik COVID-19.

“Kita doakan tahun hadapan, berkat doa dan pematuhan SOP yang tinggi dalam kalangan masyarakat, ia akan mengembali­kan suasana seperti biasa, walaupun keadaan tidak lagi seperti dahulu.

“Saya menyeru kepada semua masyarakat yang hadir agar sentiasa mengamalka­n dan mematuhi SOP yang ditetapkan dan menyahut seruan kerajaan untuk menyokong kempen suntikan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar menerusi aplikasi MySejahter­a,” jelasnya.

Pada majlis itu, Jahid menyumbang­kan tiga sejadah untuk kegunaan masjid dan menyertai para pemimpin masyarakat dalam aktiviti mengecat dinding bangunan masjid berkenaan.

Terdahulu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kecil Tamparuli dan Kiulu Ustaz Suffian Kundu berterima kasih kepada Jahid atas sumbangan beliau sehingga mereka dapat menjalanka­n program itu, selain sentiasa menyokong program-program keagamaan di kawasan Tamparuli.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Daerah Kecil Tamparuli, Pejabat Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli dan Ahli Jawatankua­sa Masjid Al-Quddus.

Turut hadir, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Jilias Lintar, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tamparuli Madin Anak, Pegawai Khas (Hal Ehwal Agama Islam) Malindo Joslan, Ketua Kampung Kiwoi Musani Murajik, dan Pengerusi JPKK Rosna Hajimin.

 ??  ?? CENDERA KENANGAN: Jahid (dua kiri) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Suffian (tiga kanan).
CENDERA KENANGAN: Jahid (dua kiri) menerima cendera kenangan yang disampaika­n oleh Suffian (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia