Utusan Borneo (Sabah)

Projek komersial, perumahan ubah landskap ekonomi Pitas

LPPB dalam proses reka bentuk pelan pembanguna­n seluas 49 ekar

-

PITAS: Dari sebuah daerah yang bergantung dengan hasil laut dan perladanga­n, Pitas akan dibangunka­n dengan projek komersial dan perumahan yang bakal mengubah landskap ekonomi daerah itu.

Projek strategik Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) itu kini dalam proses reka bentuk dan akan dilaksanak­an dalam tahun ini.

Pengerusi LPPB Datuk Masiung Banah ketika melawat tapak projek itu kelmarin berkata, seluas 49 ekar telah diwartakan untuk cadangan itu yang akan dibina di dua lokasi berasingan.

Menurutnya, keseluruha­n projek itu menelan belanja RM236.9 juta. Jumlah itu termasuk kos membina bangunan bercampur dengan nilai RM28.7 juta terletak berhadapan dengan stesen Petronas, Pitas.

Katanya, kedua-dua projek itu dilaksanak­an secara usaha sama antara LPPB dengan dua syarikat tempatan yang akan menandatan­gani perjanjian sedikit masa lagi.

Sebanyak 356 unit rumah mampu milik berlainan reka bentuk dan 166 unit rumah kedai dua tingkat termasuk 74 unit bangunan komersial (showroom) 1 tingkat akan dibina di tapak milik LPPB seluas 37.6 ekar di Kampung Taka di sini.

Sementara itu, LPPB turut menyediaka­n 11.4 ekar lagi untuk bangunan bercampur iaitu 54 unit rumah kedai dua tingkat dan 14 unit bangunan komersial (showroom) berkembar satu tingkat.

Menurutnya, daripada jumlah 356 unit rumah yang dibina itu, penduduk tempatan berpeluang memiliki rumah sendiri di mana 306 unit rumah teres mampu milik akan dibina dengan harga antara RM198,000 hingga 295,000.

Terdapat juga 50 unit rumah berkembar ditawarkan dengan harga antara RM355,000 hingga RM390,000.

Masiung berkata, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan melakukan upacara pecah tanah projek itu sebaik sahaja ianya mula dilaksanak­an.

 ??  ?? PROJEK KOMERSIAL: Masiung (dua kanan) ketika melawat cadangan projek komersial di Kampung Taka, Pitas sambil diberi taklimat oleh pemaju Datuk Joseph Lo (kanan) dan Pegawai Tanah LPPB Isidore Lajawah (kiri).
PROJEK KOMERSIAL: Masiung (dua kanan) ketika melawat cadangan projek komersial di Kampung Taka, Pitas sambil diberi taklimat oleh pemaju Datuk Joseph Lo (kanan) dan Pegawai Tanah LPPB Isidore Lajawah (kiri).
 ??  ?? TAPAK PERUMAHAN: Masiung (kiri) ketika melawat tapak cadangan perumahan mampu milik di Kampung Taka, Pitas.
TAPAK PERUMAHAN: Masiung (kiri) ketika melawat tapak cadangan perumahan mampu milik di Kampung Taka, Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia