Utusan Borneo (Sabah)

POLIS PERIKSA RUMAH DI PKPD

● Untuk kenal pasti penduduk tinggalkan kediaman sebelum perintah dikuatkuas­akan

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Polis akan menjalanka­n pemeriksaa­n setiap rumah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi mengenal pasti penduduk yang meninggalk­an kediaman mereka sebelum perintah itu dikuatkuas­akan.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pasukan pemantau akan mengesan setiap penghuni di kawasan terbabit yang bertindak meninggalk­an kediaman dan mengelak daripada dikenakan PKPD.

“Kita akan pergi ke setiap rumah dan mendapatka­n nama-nama penghuni dalam rumah berkenaan supaya mudah mengesan setiap penduduk di situ.

“Sekiranya mereka didapati berbuat demikian, pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) akan mengambil tindakan tegas termasuk dikuaranti­n di Pusat Kuarantin Institut Pendidikan Guru (IPG) Balung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang media di kawasan PKPD Bandar Sri Indah, di sini semalam.

Menurutnya, pihak polis tahu apabila kerajaan mengisytih­arkan PKPD di sesuatu lokaliti, pasti ada segelintir penduduk bertindak keluar dari rumah mereka.

“Kita tidak teragakaga­k mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka kerana tujuan PKPD dilaksanak­an untuk membendung penularan wabak COVID-19.

“Pihak berkuasa mahukan setiap penduduk di lokaliti itu menjalanka­n ujian saringan supaya sekiranya mereka didapati positif COVID-19, ia tidak merebak dengan lebih luas lagi,” katanya.

Dalam pada itu katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 3 April lalu, polis sudah mengeluark­an empat kompaun ke atas pemilik premis dan penduduk Tawau.

“Nilai kompaun berkenaan iaitu dua RM10,000 dan masingmasi­ng satu RM4,000 dan RM1,500 atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Antaranya kesalahan premis beroperasi tanpa kelulusan, pemandu kenderaan yang membawa penumpang lebih dua orang, bot membawa penumpang lebih kapasiti dibenarkan dan tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Peter berkata, pihaknya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan sentiasa memantau selama 24 jam di kawasan PKPD.

“Kita mempunyai kekuatan sebanyak 384 anggota yang bertugas di 13 lokaliti PKPD di daerah Tawau dan mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar arahan SOP,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Polis menjalanka­n pemeriksaa­n setiap kenderaan yang keluar masuk di kawasan PKPD Bandar Sri Indah.
PERIKSA: Polis menjalanka­n pemeriksaa­n setiap kenderaan yang keluar masuk di kawasan PKPD Bandar Sri Indah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia