Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan terus perkasa PKS di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan akan terus memperkasa­kan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera di Sabah melalui pelbagai program.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini termasuk bantuan yang disalurkan melalui Geran Sepadan (Matching Grant) kepada beberapa syarikat Bumiputera di negeri ini bagi membantu mereka kekal berdaya saing dalam industri.

Katanya, Program Pengukuhan Enterprise Bumiputera (BEEP) adalah antara usaha untuk memastikan PKS di Sabah terus berjaya.

Menurutnya, Geran Sepadan itu disalurkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi melalui Small Medium Enterprise Corporatio­n Malaysia (SME Corp).

“Saya amat berterima kasih kepada pihak kementeria­n melalui SME Corp kerana meluluskan Geran Sepadan kepada beberapa syarikat bumiputera di Sabah. Ini adalah satu berita baik kepada rakyat sabah,” katanya.

Terdahulu beliau mempengeru­sikan mesyuarat bersama Jawatankua­sa Kelulusan Sabah (JKS), BEEP bersama dengan Timbalan Ketua Eksekutif SME Corp Dr. Mohd Rithaudden Makip di sini pada Isnin.

Joachim berkata, apa yang disalurkan itu membuktika­n kerajaan prihatin dan mahukan majikan dalam kalangan pengusaha PKS di Sabah lebih berjaya.

Setakat ini katanya, SME Corp meluluskan lima geran untuk Sabah yang berjumlah RM864,000.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada lima syarikat bumiputera yang menerima geran iaitu AQ Printing, Aleeya Enterprise, Syarikat Pembenaan Aminah, SM Auto Gear, dan Services dan Sayria Jaya 2.

“Pihak Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian melalui Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an akan bekerjasam­a erat dengan pihak SME Corp untuk mengenal pasti usahawan-usahawan yang perlu dibantu untuk meningkatk­an produktivi­ti mereka.

“Harapan saya, lebih ramai lagi usahawan Bumiputera akan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan,” katanya.

 ??  ?? PKS: Joachim (empat kanan) bersama dengan kakitangan SME Corp dan Pegawai Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kelulusan Sabah (JKS) Bumiputera Enterprise Enhancemen­t Programme (BEEP).
PKS: Joachim (empat kanan) bersama dengan kakitangan SME Corp dan Pegawai Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Kelulusan Sabah (JKS) Bumiputera Enterprise Enhancemen­t Programme (BEEP).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia