Utusan Borneo (Sabah)

STAR bakal jadi penyumbang kemenangan

Untuk calon GRS kawasan DUN Karambunai, Parlimen Sepanggar pada PRN akan datang

- Oleh Henry Bating

TELIPOK: Penyertaan lebih 500 ahli baharu Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dari 12 cawangan dalam Bahagian Karambunai mampu menyumbang majoriti yang lebih besar calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai pada Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Malahan tegas Timbalan Presiden STAR Datuk Ellron Alfred Angin, kewujudan STAR di bahagian baharu DUN Karambunai mampu memberi sumbangan terhadap usaha GRS menawan kawasan Parlimen Sepanggar dalam PRU tahun ini.

“Saya minta ahli-ahli baharu untuk menyebarka­n lagi kewujudan STAR di Bahagian Karambunai agar penduduk kampung-kampung yang belum berparti dapat menjadikan STAR sebagai wadah mereka menyalurka­n aspirasi perjuangan,” katanya.

Ellron yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Keahlian Beramai-ramai ke dalam Parti STAR di kediaman Lius Solipat di Kg Lapasan di sini pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Strategik STAR Edward Linggu yang juga Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan Ketua Bahagian STAR Karambunai Kapitan Stephen Teo yang juga Ahli Lembaga Pengarah LIGS.

Terdahulu dalam ucapannya, Stephen menyatakan pihaknya agak terharu dengan permintaan mendadak ramai penduduk kampungkam­pung di kawasan DUN Karambunai untuk menyertai STAR.

Namun demikian, jelasnya, pihaknya maklum antara lain sebabnya ialah mereka selama ini khususnya selepas PRN lalu tidak mempunyai parti untuk memberi perhatian terhadap penyelesai­an pelbagai masalah yang mereka hadapi.

Kawasan DUN Karambunai ketika ini diwakili Datuk Yakub Khan dari UMNO, sementara Parlimen Sepanggar diwakili Datuk Azis Jaman dari Warisan.

Kalangan ahli baharu yang menyerahka­n borang keahlian datang dari 12 cawangan dalam kawasan DUN Karambunai seperti Kg Norowot, Kg Lapasan I, Kg Lapasan II, Kg Gantisan, Indah Permai, Kg Malawa, Kg Lapasan III, Kg Paniang, Kg Tuduon, Kg Suang Parai, Kg Salut dan Kg Gudon.

 ??  ?? ISU KARAMBUNAI: Stephen Teo berkata sesuatu kepada Ellron dan Edward.
ISU KARAMBUNAI: Stephen Teo berkata sesuatu kepada Ellron dan Edward.
 ??  ?? LAPASAN: Lius menyerahka­n keahlian STAR cawangan Lapasan II.
LAPASAN: Lius menyerahka­n keahlian STAR cawangan Lapasan II.
 ??  ?? TANAH KAMPUNG: Mantan KK Ponsius Solipat memberi taklimat tentang perkampung­an Kg Tuduon kepada Ellron.
TANAH KAMPUNG: Mantan KK Ponsius Solipat memberi taklimat tentang perkampung­an Kg Tuduon kepada Ellron.
 ??  ?? STAR BERSINAR: Ellron di Kg Lapasan Telipok, diiringi Stephen Teo dan Edward Linggu.
STAR BERSINAR: Ellron di Kg Lapasan Telipok, diiringi Stephen Teo dan Edward Linggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia